Tuesday, March 24, 2015

Tau Takpe

Kena beringat-ingat... kepada siapa-siapa yang suka sangat cakap perkataan ni... "tau takpe", kerana perkataan itu, agak tidak sesuai digunakan.  Kenapa kawan berkata begitu, sebabnya...perkataan "tau takpe" ini hanya sesuai digunakan dikalangan kawan-kawan kita dan rakan-rakan yang sekufu dengan kita-kita sahaja, bukan dengan boss atau ketua atau orang yang lebih tua, yang perlukan kita untuk menghormati mereka.

Tak sesuai...memang tak sesuai. Cuba kita bayangkan kita sedang bercakap dengan orang yang lebih tua dari kita, atau dengan lebih mudah, bayangkan anak-anak kita bercakap dengan kita, atau boleh bayangkan juga, anak murid bercakap dengan gurunya.  Dia menggunakan perkataan "tau takpe" kepada kenyataan yang diberikan oleh gurunya atau ibunya atau bapanya atau ketuanya... (emmmmm) ..memang tak sedap didengar kan?...seolah membuat provokasi kepada kenyataan tersebut atau menyindir dengan apa yang dikatakan.

Perkataan "tau takpe" ini juga tidak sesuai digunakan kepada sahabat-sahabat yang lama kita tak jumpa, atau mereka yang baru kita kenali.  Kerana ianya seperti merendah-rendahkan atau memperkecilkan pemikiran orang lain.  Contoh yang paling mudah bila seseorang yang mengatakan persetujuan atas sesuatu perkara, maka kita mengiakannya dengan "tau takpe"... seolah ucapan ini menyindir dirinya yang sepatutnya tahu...

Apa salahnya, kita tukarkan "tau takpe" kepada perkataan yang lebih sedap dan diterima oleh orang lain, walaupun kita berkomunikasi dengan seorang kanak-kanak kecil sekalipun, kawan suka dengan perkataan "saya setuju" menggantikan "tau takpe"...tak nampak sangat kurang ajarnya, malah menampakkan penghormatan dalam komunikasi bersemuka atau maya.

No comments: