Adapun kisahnya, terlampau amat bisingnya teriak jerit kebanyakan manusia disana, mengadu domba dan komplen sini sana, mengata kutuk dan caci maki, hembur kata dusta dan menidakkan kebenaran orang lain...
Tingkah gerak begini meluakkan kebenaran dan nampaknya batil penuh meninggi, menjemput fitnah adu domba dan tikam menikam dengan sekelip mata. Pawana hidup kembali dengan lagak jahat dan kejam, menulis dan cetak dalam ruang siber yang disebarluas dalam jaringan dunia yang tiada ruh, tiada bau dan rupa tetapi hidup dengan penuh nista, terlalu pantas dibaca dengan jiwa dan pahaman yang sentiasa seronok dan kacau, cepat mempercayai apa yang dikata dan menjadi duri sepanjang masa.
Semua telah ketahuan akan hukum dan hakam, peraturan dan ketetapan yang dinyatakan sejak sekian lama, masing-masing angguk mengiakan semuanya..seolah-olah faham dan wajib tahu akan segala kesalahan apabila melanggar hukum. Sayangnya, mereka tindas dan degil, suka menghentam dan langgar semua aturan dan hukum, sibuk membuat peraturan sendiri dengan anggapan sendiri, tidak menerima kehendak ramai, mereka buat sesuka hati dan mementingkan diri.
Maka, terlalu banyaklah undang-undang dan hukum dilanggar, kesalahan berleluasa dan membingitkan mata telinga. Maka, hidup lah semula penguatkuasa untuk menegak bangunkan undang-undang dan hukum hakam dalam kehidupan mereka, agar mereka sedar dan insaf bahawa mereka telah melanggar hukum, mereka seharusnya dihukum dan menerima salah yang dilakukan selama masa. Tambahan pula, menguatkuasa undang-undang sahaja, bukannya membuat aturan dan hukum baharu...memakaiguna aturan lama yang diketahuan semua...
Tak boleh nak kata dah, undang-undang Allah pun mereka abai, inikan pula hukum hakam manusia.
(..nombor plat tak ikut spesifikasi, cermin gelap, dah tahu semuanya salah, bila kena saman, marah pulakkk...ek elehhhh)
No comments:
Post a Comment