Tiada apa nak ditunggu lagi. Tak payah lah tercongok melangu lagi. Kalau dulu, tegar jugaklah menunggu sampai habis waktu...itu dulu. Waktu mula-mula...sampai tua pun sanggup menunggu dan menunggu, dah kerepot kulit pun boleh tunggu, apa dah jadi... rupanya tak usahlah menunggu sebab masa merubah segalanya, dulu bole, sekarang tak boleh. Sekarang, tak payah!!!, semuanya dah nak berakhir. Semua yang ada telah pergi dan muktamad keputusan telah diketahui.
Yang ada dan boleh kita usaha, usailah hidup kita sendiri, begitu begini sana sini...selamanya nyawa yang mampu kita pegang. Jangan berharap lagi kepada yang dah pergi. Nak minta pun tiada siapa disini, tiada lagi apa-apa yang hendak dikecapi nanti, manis pahit tinggal jadi misteri...yang lama tinggal kenangan, yang ada hanyalah berita-berita dan cerita sahaja. Semuanya dah dilupakan...buat apa nak ditunggu-tunggu sampai kematu?...buat penat dan buang masa saje.
Tak ada apa lagi...dan sebenarnya, tiada apa nak ditunggu lagi. Hanya mencukupkan amalan, taubat dan tahajjud serta witir kepadaNya. Itu yang ditunggu dan usah bertangguh untuk melaku, kena segera melaku, bukan menunggu.
No comments:
Post a Comment