Kalau dulu masih berseluar pendek, dedah aurat sana sini, selepas ini, mestilah berseluar panjang dan tutup sana sinun. Kalau dulu, begitu, selepas ini, elok sangatlah bertukar rupa. Andai kegemaran dulu juga memaksa ke arah tidak baik, maka selepas ini, bertukarlah minat ke tempat yang lain. Bukan yang ada sekarang. Pemimpin wajib tunjuk contoh yang baik, bukan hanya kerana minat dan hobi, maka terpaksa buka aurat dan sebagainya.
Kalau minat main bola, pakaian kenalah yang menutup aurat, bagi lelaki...lutut kena tutup, pakailah seluar melebihi lutut. Kalau minat lari marathon, pakailah pakaian yang tidak ketat dan menonjolkan bentul badan...itu juga aurat walaupun "menutup" dengan bentuk badan yang tetap nampak. Kalau nak ikutkan orang lain cara pakaian begitu, sampai bilapun kita tak akan berubah. Ke ? tak perlu berubah?...alasannya, itu ajelah pakaian yang sesuai dan begitulah cara orang pakai..lain-lain pakaian tak boleh, mengurangkan kelajuan larian, renangan...kurang stamina, halangan angin ....(kroh..kroh..kroh....alasan!!!)
Kawan bercakap kerana yang benar, kalau silap dan terasa, kawan tak harap dimaafkan, kerana kawan bercakap tentang perkara yang asas dan kecil. Andainya minat dan hobi begitu, membuatkan kita tercondong ke arah yang tidak baik (dosa), mengapa diteruskan. Sebagai pemimpin utama (sekejap lagi, dalam sebuah keluarga), wajib menetapkan peraturan asas sebegitu. Nak kawal orang lain, bertambah besarlah tanggungjawab kita terhadap semua pihak, termasuklah pihak yang mengizinkan kita untuk pinjam semua perkara yang kita ada...peminjam yang tiada meminta balasan, peminjam yang memberikan semuanya kepada kita, ... Allah.
Jadi...berubahlah kepada yang asas. Juga...yang menjadi pengikut dan yang mengikut untuk berubah nanti, bukan hanya disebabkan pemimpin kita tidak mahu berubah, kita sama-sama sesat dalam keadaan itu, sedangkan kita tahu kesalahan dan silap begitu. Tegurlah sebelum ada persetujuan bersama dalam membentuk kepimpinan. Minta persetujuan dan syarat awal agar perkara-perkara begitu begini diterima dengan baik. Bukannya selepas mencapai kata sepakat, baru nak ditegur. Nanti timbul kemarahan pula. Bukan hanya aurat tetapi perkara-perkara lain yang asas...
Ke? kita pun sama dengan dia...oleh kerana terlampau minat dan suka, semua salah dan silap telah dilupa..."lantak dialah nak jadi macamana, asalkan aku lepas...tanggungjawab itu... dia yang tanggung nanti"....itu niat yang ditimbulkan iblis dalam dada...
Fikirlah lagi yea!!...bukan mudah nak berubah, walau sekecil mana pun perubahan yang datang. Yang sakit dan pahit ini, sememangnya ubat yang paling mujarab. Kawan menulis untuk membetulkan keadaan, selebihnya kawan tak tahu, apa sebenarnya yang ada dan berlaku. Semua yang kawan tahu adalah pandangan mata kawan sahaja. Ada sebab kawan menegur begini, bukan kawan saje-saje nak menulis tapi kawan anggap kita semua sebagai kawan-kawan dan sahabat. tentunya perlu berubah kepada yang baik...Dah fikir sehabisnya?
Astaghfirullahalazim...
No comments:
Post a Comment