Kajian yang dibuat berkenaan dengan ekonomi dan demografi kependudukan, salah satu dapatan kajian yang ditulis dalam jurnal tersebut adalah berkaitan dengan bebanan kewangan kerajaan terhadap peningkatan warga emas sesebuah negara. Salah satu hasil kajian menyatakan bahawa, peningkatan warga emas dalam sesebuah negara, akan meningkatkan perbelanjaan kerajaan terutama dalam bidang kesihatan. Ahli ekonomi juga menyatakan bahawa, warga emas merupakan bebanan dalam ekonomi dan ianya melibatkan kewangan yang besar kepada keluarga.
Kajian ini tidak melihat kepada kepentingan warga emas yang produktif dan masih dapat memberikan perkhidmatan mereka kepada keluarga dan negara, berkemungkinan jumlah mereka yang masih aktif dan produktif adalah kurang (tidak ramai).
Kajian hanya membandingkan faktor perbelanjaan kesihatan warga emas yang tinggi berbanding pendapatan, tetapi kajian juga lupa melihat kepada tempoh masa, sumber kewangan warga emas, takaful/insuran, pelaburan yang dimiliki warga emas.
No comments:
Post a Comment