Kawan pernah mencatatkan sesuatu dalam buku seorang sahabat lama semasa di sekolah dahulu. Sebanyak sedikit kawan masih ingat apa yang kawan tulis, sekadar tulisan yang bertujuan untuk semangat kepada sahabat kawan agar meneruskan hidup tanpa ada putus asa. Kenapa kawan tulis begitu?...mungkin disebabkan, kawan mengalami sakit yang amat sangat...sampai muntahkan darah dan seluruh badan kawan lebam-lebam biru dan hitam. Kawan sedih sebab kawan terpaksa menanggung semuanya dalam keadaan kawan memerlukan semangat untuk berjaya dalam SPM.
Nak tak nak...kawan kuatkan semangat dan cuba menghabiskan peperiksaan dengan apa yang kawan terdaya. Majlis konvokesyen sekolah pun kawan tak hadir kerana kawan terpaksa pulang awal ke rumah untuk berehat...
ermmmmm...waktu itu, semua telah terjadi....apapun, sebaris ayat yang kawan masih ingat dan pasti sangat kawan tulis adalah..."Tolehlah Ke Belakang"... ya, kawan masih ingat... kawan harap sahabat kawan akan terus menoleh ke belakang kalau-kalau dia terlalu jauh ke hadapan...tolehlah ke belakang untuk melihat kalau-kalau dihadapan ada simpang dan jurang... tolehlah ke belakang kalau-kalau ingin mencari jalan untuk pulang...kerana kawan akan tetap dibelakang.
Rupanya catatan kawan dalam buku sahabat tak dapat dibaca...
Selamat tinggal sahabat.
No comments:
Post a Comment