Allah telah tunjukkan jalan kepada khudrat manusia yang mencari. Allah juga telah makbulkan doa mereka yang berdoa selama ini. Allah telah turunkan ujianNya kepada mereka yang berfikir dan mengambil pedoman. Allah menguji setiap diri dari kita. Allah telah tentukan semuanya dengan cara yang demikian. Usahlah dipertikaikan apa yang berlaku tetapi jadikan pedoman dan teladan kerana setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.Untuk saudara sesama Islam dalam pesawat MH370, aku mendoakan kalian semuanya di bawah rahmayNya. Andainya takdir hidup dan mati begini, kepada sesiapapun, maka terimalah keadaannya dengan seadanya. Kepada keluarga mangsa, tabahlah kerana Allah berikan ujian kesabaran kepada semua. Balasan sabar adalah syurga.
Ya Rabb, aku ingin menjadi orang yang sabar dalam setiap perkara. Tunjukkanlah jalan kesabaran kepada diri ini. Aamiiinnn...
No comments:
Post a Comment