Cuaca
panas yang dialami sejak 3 minggu lepas menjadi keresahan kepada kebanyakan
penduduk. Air sungai dan takungan loji
juga menjadi kering menyebabkan kebanyakan sumber air bersih kepada penduduk
terpaksa dicatu dan dibekalkan mengikut jadual melalui lori-lori tangki yang
disediakan oleh syarikat bekalan air.
Semuanya
adalah dengan keizinan Allah untuk berlaku.
Peredaran cuaca yang panas dan sejuk, ribut dan taufan, ombak dan gelora
merupakan pergerakan makhluk yang mentaati perintah Allah untuk berlaku.
Begitu
juga dengan solat kita, setiap pergerakan kita menyembah yang Esa memerlukan
kekuatan dengan disertai dengan ungkapan “Allah hu Akbar” yang difahami sebagai
Allah Maha Besar. Ya, Allah Maha Besar
dalam mengatur sesuatu. Maha mengetahu
dalam merencanakan kehidupan manusia di alam ini. Maha pengasih dalam
memberikan kurniaan dan nikmat sepanjang masa tanpa henti.
No comments:
Post a Comment