Sepanjang
perjalanan pulang dari Putrajaya menuju ke Johor Bahru, cuaca diluar agak panas
dan berjerebu. Jarak pandangan mata juga
semakin terhad dan bau asap kesan pembakaran hutan dapat dirasakan.
Hampir
keseluruhan warna hijau rumput telah bertukar keperangan. Pandangan ini boleh dilihat disemua tempat /
kawasan yang mengalami kemarau dan panas ini.
Pokok-pokok yang dulunya lebat menghijau, kini telah keguguran daun dan
yang tinggal hanya ranting-ranting yang semakin mengering. Rumput-rumput kering
disepanjang lebuhraya ini ada kesan terbakar dan api masih menyala boleh dilihat
dibeberapa kawasan. Berkemungkinan juga, ada kebakaran hutan berlaku dan
kebun-kebun sawit yang dilaporkan sepanjang bulan ini.
Suasana
kering dan berterusan kekeringan dirasakan oleh semua makhluk Allah, dan Allah
sedang menguji kita dengan nikmat panas ini.
Betapa kepanasan bukan sahaja membuka mata dan minda kita untuk akur
dengan kehendak Allah, tetapi juga untuk kita insafi dan membantu mereka yang
sangat memerlukan.
Teramatlah
sedikit kepanasan yang didatangi ini berbanding dengan kepanasan api neraka
yang disediakan di akhirat kelak. Tidak
terbayangkan kepanasan dan azab yang akan dilalui nanti.
Bertaubatlah
sementara nyawa dikandung badan.
No comments:
Post a Comment