Semalam, terbaca satu artikel yang sangat kreatif dalam mengalihkan pemikiran kita kepada perkara yang berbeza, salah satunya adalah, memberi kehidupan kepada benda yang tidak bernyawa. Dan, apa yang boleh aku garapkan adalah seperti berikut...
"Dia berpegang pada tali untuk berpaut dari terjatuh ke jurang yang begitu dalam. Dalam hatinya ada perasaan curiga terhadap kemampuan tali tersebut, fikirannya masih keliru dan berbisik tentang keampuhan tali untuk menjamin dirinya dari terjatuh. Dalam fikirannya juga berkata, sekiranya terjatuh pada kali ini, pasti dirinya akan mati kerana jurang terlalu dalam dan dibawahnya penuh dengan batu-batu keras dan tajam.

Dia
memegang tali dengan erat dan kemas, seolah tiada akan putus. Cuma dalam hatinya masih tidak pasti dengan
simpulan tali tersebut. Seterusnya dia
mengambil langkah berhati-hati dan penuh persediaan dengan menyiapkan tali lama
sebagai penahan dan pemegang yang diikatkan pada pinggangnya, agar tidak terus
terjunam sekiranya tali pertama putus, malah masih boleh berpaut kepada tali
kedua yang kuat diikat pada badan.
Tetapi…tali
pun sudah pandai berkata-kata dan mula mempersoalkan tindakan dia yang
begitu. Kenapa dijadikan ikatan pendua
sekiranya tali pertama masih dipegang olehmu?, bukankah kamu telah mengkhianati
tali pertamamu?, bukankah itu juga menunjukkan dirimu seorang yang tidak ikhlas
dengan tali pertama dan bertindak atas kepentingan dirimu?. Apa pula perasaan tali pertama sekiranya
mengetahui tindakan mu ini? Kamu
bergantung penuh dengan tali pertama tapi masih menyimpan tali kedua sebagai
ikatan?, kalaulah begini, andainya tali kedua menjadi tali pertama, tali kedua
sanggup putuskan diri sendiri agar dirimu jatuh terjunam dan mati menghempas kerasnya
dan tajamnya batu.
Walau bagaimanapun, tali bukan seperti manusia yang boleh berkata-kata dan mempunyai perasaan. Tali adalah tali.