Untuk
mengukur kebaikan dan kejahatan yang kita lakukan, adalah terletak kepada kesedaran dan keinsafan jiwa yang dianugerahkan oleh Allah kepada setiap hambanya iaitu nilai dalam diri
yang dinamakan “Hidayah”.
Adakah
kita mendapat hidayah Allah dan sedar bahawa ujian ini banyak memberikan kebaikan kepada
memperbanyakkan sujudnya kita kepada Allah atau ujian ini mengheret kita kepada
kesesatan? sehingga kita lupa sujud dan terus melakukan dosa?
Allah
memberikan peluang kepada hambanya untuk memiliki apa sahaja. Hambanya memilikinya dengan mengatakan bahawa
tidak apa..ini aku punya. Aku nak buat
apa sahaja yang aku suka. Nanti aku
bertaubatlah. Tidak solat..tidak apa sebab aku akan bertaubat nanti. Tak perlu
menutup aurat, sebab aku nak ikut zaman, sebab aku tak nak ketinggalan dan
dikata orang, sebab aku tengah bersukan yang memerlukan kesesuaian pakaian..ala
tak apalah.. sikit sahaja, nanti aku bertaubatlah.
Hai
orang muda…jangan ingat mati mu tua.
Hai
orang tua…jangan ingat kau akan hidup selamanya.
Ingatlah
teman, mati itu tidak mengira masa, tidak mengenal siapa, tidak memilih rasa,
tidak pernah tertangguh, mati itu nyata tiba.
Bertaubatlah.
No comments:
Post a Comment