Bukan
semua orang suka mendengar kejayaan kita.
Setiap kebaikan yang dibuat akan dikata, umpat dan kutuk. Bila berdepan, mulut manis macam gula..dibelakang,
difitnah dan berterusan menikam dari belakang, kerana ramai yang suka melihat orang
lain gagal.
Ramai
kawan tapi ramai jugak yang menipu kawan, semuanya kita telah buat sehabis baik untuk menjaga
dan menyenangkan hati kawan…dibalasnya dengan tuba dan kata nista, didepan kita penuh dengan tipu daya. Itulah resam dunia, ada yang tertipu dan ramai
juga yang menipu.
Bagaimanapun,
senyumlah dan berbahagialah, lupakan kawan yang sedemikian. Kesakitan sekarang
tidak setara dgn kenikmatan yg bakal diperolehi disana kelak. Insyaallah.
No comments:
Post a Comment