Yang
telah diberi betapa susah hendak ditarik balik, waima sekalipun bukan hak
mereka, yang haram sekalipun masih mahu dimiliki, inikan pula yang percuma, semakin
lama, semakin berkehendak dan melampau.
Pihak
yang ramai mendapat sedikit habuan daripada kekayaan yang ada, kerana yang sedikit
sangat berani dalam memperjuangkan kehendaknya walaupun bukan hak mereka. Kenapa yang ramai masih takut dengan sedikit
sedangkan hak sebenar adalah kepada mereka yang ramai?
Dek
kerana kuasa yang belum tentu dapat menjamin masa depan, maka banyaklah
pemberian yang hanya melepaskan tekanan untuk sementara sahaja dan pastinya belum jelas memberikan impak kepada pembangunan negara. Apa yang pasti pembangunan negara mesti
diteruskan sehingga sampai bila-bila pun dan bukan sekadar memenuhi kuasa
politik sahaja.
Kita
perlu bertegas dalam tindakan kerana kesan yang dijelmakan melalui perbezaan
politik sangat menghampakan dan meruntuhkan negara itu sendiri. Tegas dengan identiti yang kita ada dan bukan
terperangkap dan menjerat diri sendiri dengan konsep politik yang diuar-uarkan
kepada semua.
No comments:
Post a Comment