Pilihlah dengan betul dan merangka
pertimbangan kepada semua perkara.
Persoalannya, adakah ianya benar-benar diperlukan dalam hidup mu? Sehingga
memaksa diri membuat pilihan tersebut, sedangkan pilihan itu boleh dielakkan. Kalau boleh dielakkan, mengapa ianya menjadi
pilihan lagi? Seharusnya ianya tidak ada dalam pilihan lagi dan keputusan untuk
memilih tidak ada. Tetapkan hati.
Kerana, aku melihat dirimu begitu
teguh dalam meniti setiap cabaran dan dugaan.
Cabaran dan dugaan yang menerjah dirimu bukan sekecil anak tetapi hentaman
yang cukup besar dan luas seperti lautan, dan sekiranya lautan itu melemaskan orang
lain, nescaya mereka tidak seteguh dirimu, mereka akan hancur dan berkecai,
tiada akal, lemas dan mati, sekurang-kurangnya mereka akan menjadi gila. Dalam
hal ini, biarpun lautan melanda, dirimu begitu teguh dan mampu bertahan. Adakah masih engkau memerlukan pilihan itu?
Persoalannya, adakah dirimu benar-benar memerlukannya? Sedangkan
dirimu masih berkuasa dan mampu menentukan arah kehidupan mu. Dirimu hanya perlu menyerahkan kepada Allah
agar jalanmu tidak sesat dan tidak
dipermainkan oleh manusia-manusia disekelilingmu. Serahkan semuanya kepada Allah untuk
menghadapi semua dugaan tersebut. Bukan menganggap pilihanmu untuk datang
membantu dan menasihatimu, walaupun pilihanmu tidak dapat memenuhi ruang-ruang
yang dirimu katakan kosong, pada nyatanya tidak.
Persoalannya, bukan dirimu yang
mempersoalkan semuanya, tetapi kami yang sayang dan kasihkan dirimu, kerana
kami melihat dirimu sebenarnya tidak memerlukan pilihan tersebut. Kami menyayangimu dan sungguh kuat kerisuan ini mengenangkan perjalananmu nanti. Bagi
kami, pilihanmu bukan pilihan sebenarnya.
Pilihanmu tidak pernah wujud.
No comments:
Post a Comment