Apa
yang ada, itulah yang kita berikan.
Sekiranya tiada, tiada kita berikan.
Satu kenyataan yang sungguh mudah difahami dan boleh berlaku kepada
semua orang. Walaupun seseorang tanpa
niat untuk memberi, namun jika pemberian yang dimaksudkan itu adalah melalui
tutur kata, sikap, sifat, pelakuan, tingkahlaku, perangai dan seumpamanya yang
ditonjolkan dalam diri, maka itulah yang kita akan berikan.
Berkata
dengan sopan dan rendah diri atau sebaliknya adalah satu pemberian. Senyuman juga satu pemberian, marah,
menghina, menghukum, mengumpat, kejian, tohmahan, fitnah dan pelbagai yang
buruk dan baik jua adalah pemberian.
Jika buruk pemberian tersebut, maka dalam diri kita penuh dengan
keburukan tersebut. Jika baik pemberian,
maka baiklah yang ada dalam diri kita.
Doa juga adalah pemberian. Mendoakan seseorang merupakan sebaik-baik pemberian. Untukmu, aku doakan dengan diiringi Alfatihah, dan aku letakkan tangan kananku didada agar dirimu mengingatiku selalu... Brasilia 19.2-2.3
No comments:
Post a Comment