Memeluk
ibu tercinta dengan kemaafan dan keredhaannya, aku mohon. Ibu semakin uzur dan masih seperti sebelas
tahun yang lalu. Penyakitnya seperti tidak akan sembuh dan keinginan untuk
dirinya sembuh telah tiada.
Tiada
kata yang dapat diucapkan, hanya keluh kesah dalam hati menahan sebak
mengenangkan dirinya sedemikian.
Dua
tahun lepas, aku pernah memohon doa dihadapan Kaabah, memohon agar ibu segera
sembuh dari sakitnya dan aku sangat percaya bahawa doa ini akan dimakbulkan
Allah kerana Allah telah banyak memperkenankan doa ku.
Cepat
atau lambat makbulnya doa ini bukanlah alasan untuk diriku putus asa dengan
Allah. Tapi kepercayaan bahawa Allah
akan berikan apa yang kita mohon adalah lebih utama, walaupun seribu tahun
lagi.
No comments:
Post a Comment