Tiada
siapa yang sempurna. Menilai sesuatu
perkara kepada kesempurnaan adalah penting supaya pilihan menjadi tepat dan
tidak tersalah pilih. Namun,
kesempurnaan yang dilihat akan mengakibatkan pilihan tidak dapat dibuat kerana
kesempurnaan akan terhad dengan ciri-ciri dan faktor-faktor yang hanya diingini
sahaja.
Kesempurnaan
menyebabkan perkara lain akan tertangguh dan terlewat dilaksanakan. Kesempurnaan menyebabkan perbezaan antara dua
perkara menjadi lebih besar dan akan menyukarkan persamaan.
Sifat
yang terdapat dalam perbezaan dan penangguhan adalah berlawanan dengan ciri yang
dimaksudkan dalam kesempurnaan kerana ciri tersebut adalah ketidaksempurnaan. Maka, dalam membuat pilihan atau apa sahaja
yang melibatkan penilaian, pastinya tiada kesempurnaan.
Dimana
kesempurnaan?. Jelasnya, kesempurnaan
hanyalah satu keputusan yang dinyatakan oleh individu sahaja, ianya seperti
satu perasaan dalaman individu terhadap perkara yang dilihatnya dan tidak
menjangkau individu lain. Ianya juga berbeza antara satu sama lain. Jadi,
tiadalah kesempurnaan kerana individu A akan berbeza tahap kesempurnaan
berbanding dengan individu B, C ataupun D.
Bagaimana
untuk menyatakan kesempurnaan sesuatu perkara dalam menggambarkannya sebagai
satu penerimaan kepada komuniti yang lebih besar? Maksudnya, bagaimanakah untuk menilai
kesempurnaan dan boleh diterima oleh semua orang? Untuk itu, ianya boleh diolahkan dengan kaedah mengukur kesempurnaan
dengan meletakkan nilai atau nombor kepada kesempurnaan.
Namun
begitu, sekali lagi, pilihan meletakkan nombor atau nilai bergantung juga
kepada individu yang pastinya berbeza pendapat dan nilai yang dilalui melalui
pengalamannya yang akan membezakan nilai kesempurnaan yang dianutinya.
Yang
sempurna melengkapi semuanya hanyalah Allah.
No comments:
Post a Comment