Membaca
dan cuba memahami ulasan yang dibuat oleh Ketua Audit Negara dalam Laporan
Ketua Audit Negara Tahun 2013, satu laporan yang ringkas dan ulasan yang agak
biasa bagi kita untuk memahaminya. Olahan kepada permasalahan dan cadangan penyelesaian
adalah nampak mudah dilaksanakan tetapi hakikatnya, Jabatan Audit Negara (JAN)
seharusnya meneliti sepenuhnya dan mengkaji semula jawapan atau maklum balas dari Kementerian
atau Jabatan yang terlibat.
Ulasan
penyelesaian yang dibuat secara am dan hanya meletakkan kesalahan kepada
kekurangan pemantauan dan pelaksanaan di peringkat operasi / pelaksana. Kebanyakan ulasan tidak menunjukkan satu
bentuk penyelesaian secara keseluruhan, hanya meletakkan penyelesaian kepada
masalah yang ada. Seharusnya, JAN lebih meneliti punca permasalahan yang
berlaku di sesuatu tempat yang diauditnya, seperti juga dalam mencari
permasalahan sebenar dalam masyarakat, sebagai contoh, masalah rempit yang berlaku
di bandaraya Kuala Lumpur, adakah rempit menjadi masalah? Atau adakah remaja
yang merempit menjadi masalah? Atau adakah tempat di bandaraya menjadi masalah
rempit?. Begitu juga dengan masalah
banjir yang berlaku di sekitar pusat-pusat Bandar diseluruh negeri di
Malaysia. Apakah puncanya atau
permasalahan utamanya? Adakah hujan yang terlalu lebat dan melebihi had semasa?
Atau adakah sistem perparitan yang tidak sempurna, atau adakah sungai telah
tidak dapat menampung jumlah air yang terlalu banyak?.
Punca
sebenar bukan kepada hujan atau sistem perparitan atau sungai yang tidak dapat
menampung, tetapi punca kepada permasalahan banjir di pusat-pusat Bandar adalah
kerana sikap masyakarat. Sikap
masyarakat yang berpunca daripada pembuangan sampah merata-rata dan menggunakan
sungai atau parit sebagai tong besar untuk membuang sampah dan pelbagai sisa
bahan buangan yang akan menyebabkan perparitan tersumbat dan sungai penuh
dengan bahan buangan yang akan menyebabkan banjir berlaku di pusat-pusat Bandar. Oleh itu, bagi mencari penyelesaian kepada
permasalahan, seharusnya dilihat kepada punca sebenar yang berlaku seperti
contoh yang telah disebutkan tadi … punca banjir besar di bandaraya adalah kerana
sikap masyarakat. (Contoh rempit dan banjir tiada dalam laporan audit 2013,
hanyalah sekadar contoh sahaja)
Kembali
kepada ulasan yang diutarakan dalam laporan audit negara 2013, pelbagai cadangan
yang dikemukakan hanyalah menumpu kepada penyelesaian yang agak lemah dan tidak
mencakupi semua perkara. Hanya
menyelesaikan sebahagian kecil masalah sedangkan punca sebenar yang menyebabkan
berlakunya sesuatu perkara adalah tidak disentuh. Sebagai contoh, dalam laporan audit ada
menyatakan kelewatan pembinaan bangunan dibawah sesebuah Jabatan. Persoalannya, adakah sesebuah Jabatan,
contohnya Jabatan Pendidikan mahir dalam kerja mereka untuk merekabentuk dan
membina sebuah bangunan? Atau adakah penglibatan jurutera JKR dalam pembinaan
ini secara sepenuh masa atau sebahagian sahaja?
Atau adakah pemantauan juga dilakukan oleh cikgu-cikgu yang mengajar di
sekolah atau Instuitut Pengajian Tinggi kepada kesiapan bangunan?
Persoalannya,
dimanakah letaknya keperluan kemahiran sebenar dalam perkara ini, adakah juga
cikgu-cikgu akan dipersalahkah kerana tidak menjalankan tugas dengan baik
kerana tidak memantau dengan betul pembinaan sesebuah bangunan sekolah?
Pada
asasnya, penilaian dan cadangan kepada penyelesaian ini adalah seharusnya
kepada punca sebenar yang berlaku, bukan kepada permasalahan yang nampak sahaja
tetapi masalah disebalik semua masalah yang berlaku.
No comments:
Post a Comment