Kawan,
perlu lagikah kami menyatakan tegahan kepada keputusan yang akan dibuat? Kenapa asyik bertanya walaupun kau tahu
bahawa ianya tidak dapat memberikan apa-apa kesan kepada keputusan yang
dibuat. Tetapkan hati dan buatlah
keputusan dengan bijak. Bukan hanya
mengikut kehendak dan nafsu sahaja tetapi carilah sebab dan matlamat dalam membuat
keputusan tersebut. Carilah tujuannya...
Kenapa
perlu bertanya kepada orang lain.
Untuk mendapat pandangan? Untuk mendapat nasihat atau untuk mendapat
kepuasan hati? Atau untuk menolak kesalahan kepada orang lain kerana menerima
pandangan dan nasihat?. Kami bukan pakar tetapi kami telah berkali-kali menyatakan ianya bukan pilihan. Orang lain juga akan
berkata…
1. Sudahkah
kau berfikir seribu kali atau sejuta kali atau sehabis kali?
2.
Perlukah keputusan itu diambil?
3.
Apa tujuan keputusan itu diambil?
4.
Ada mohon kepada Allah?
5.
Serah kepada Allah?
6. Sudah
habis berusaha?
7.
Betulkah keputusan itu?
8.
Salahkah keputusan itu?
9.
Perlu sangatkah keputusan itu dibuat begitu?
10.
Ulang semula soalan 1 hingga 10..seterusnya
Kami akan terus berkata dan mereka juga akan berkata, keputusan mu sebenarnya tidak
tepat dan bukan keputusan yang adil kepada hidupmu. Kau akan mencari banyak halangan dan
permasalahan dikemudian hari. Bukan kami mendoakan kejahatan dan keburukan kepada kehidupan tetapi pengalaman dan
percaturan hidup manusia seadanya seperti itu kerana jalanmu adalah seperti
itu. Bukan luahan kecewa tetapi luahan
kerisauan yang teramat sukar dinyatakan.
Bila
kami cuba menolak dan menghalang…dikatakan kami pengkhianat, sedangkan halangan
itu untuk kebaikan orang...salahkah begitu?
No comments:
Post a Comment