Berkunjung
mengiring YB EXCO Negeri Johor melawat kanak-kanak mangsa lemas loji kumbahan
di Taman Universiti Skudai, Johor. Seorang kanak-kanak meninggal dan lima lagi
masih berada di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.
Pelbagai
andaian dan cerita yang dapat didengar melalui perbualan pada petang ini. Apapun, kecuaian pemandu van yang membiarkan
kenderaan dalam suatu kedaan yang membahayakan kanak-kanak dan terjunam ke
dalam loji kumbahan itu sepatutnya boleh dielakkan. Namun demikian, itu juga adalah takdir yang
ditentukan Allah. Persoalan dan
pertanyaan kepada siapa hendak diletakkan kesalahan akan timbul, mencari punca
segala perkara yang terjadi. Siapa dan
bagaimana untuk menilai dengan adil dan menyatakan kecuaian pemandu sahaja
adalah tidak berapa tepat dan menyeluruh.
Pada
ketika inilah pelbagai pihak muncul untuk menuding jari dan menyatakan
kesalahan kepada pihak lain, seolah mereka adalah pakar dan boleh berkata
sesuka hati. Seperti juga berlaku pada
hari semalam, bas terjunam di kawasan genting highland dan mengorbankan tiga
nyawa. Laporan akhbar dan pelbagai pihak
tiba-tiba menjadi juara dan menyalahkan pihak yang bertanggungjawab dalam
perkara ini. Mudahnya meletakkan
kesalahan dan dosa kepada orang lain.
Perkara
yang sama masih berulang lakunya, seperti satu kewajipan untuk berlaku lagi
pada tahun hadapan. Semua orang telah mengetahui dan telah mengeluh kesedihan
kematian penumpang bas pada tahun-tahun yang lepas, tetapi sekali lagi perkara
yang sama masih berlaku dan pastinya akan terus berlaku. Dimana kesilapannya dalam perkara ini? Meletakkan kesalahan kepada siapa pula?
Berkemungkinan
kesalahan itu adalah sebenarnya kesalahan yang dilakukan oleh mereka, ya, betul
ianya kesalahan, tetapi adakah pihak yang lain yang berkaitan dalam
penguatkuasaan, pemantauan dan sebagainya juga sepatutnya
dipertanggungjawabkan? Semua hendaklah bertanggungjawab dalam sesuatu perkara
yang berlaku, agar kesalahan tidak ditanggung oleh sebelah pihak sahaja.
No comments:
Post a Comment