Dia
tidak pernah berkira untuk memberikan bantuan, malah sentiasa memberikan
bantuan kepada siapa sahaja yang memerlukan.
Dia tidak pernah untuk mengungkit semula setiap pemberian yang
dibuatnya. Dia sememangnya ikhlas membantu dan tiada sedikitpun kepentingan
disebalik semuanya.
Dia
melakukan setiap kerja dengan penuh tenaga dan memberikan khidmat sepenuhnya
tanpa menyatakan kepenatan dan kesusahan.
Dia akan melunaskan segalanya dengan baik dan memastikan semuanya
dilaksanakan dengan baik. Dalam
melakukan kerja, dia melihat kepada kepentingan dan matlamat yang ingin
dicapai, bukan hanya melihat sebagai satu kerja sahaja, malah melihat sebagai
kerja yang memerlukan pencapaian matlamat sesuatu organisasi.
Begitulah
dia, seorang kawan yang tidak perlu untuk meminta bantuannya tetapi dia
sentiasa ada untuk membantu. Engkau seorang yang sangat ikhlas membantu dan
menolong sesiapa sahaja, walaupun dirimu dalam kesukaran dan kesusahan, namun
tidak pernah engkau mengadu kepayahan apabila membantu orang lain.
No comments:
Post a Comment