Telah
sebulan berlalu dan pesawat MH370 masih belum ditemui. Usaha kerajaan dalam meneruskan pencarian
tidak pernah terhenti, malah kehadiran dan kerjasama beberapa negara dalam
menyelesaikan kesulitan ini sangat membanggakan. Selagi ada masa, selama itulah usaha mencari
diteruskan.
Pada
minggu pertama kejadian, pelbagai pihak hadir dengan pelbagai spekulasi dan
maklumat yang diolah dalam pelbagai bentuk.
Maklumat yang ada, sebahagian kecilnya boleh dipercayai dan banyak juga
yang sukar untuk diterima akal. Pelbagai
jenis bentuk bantuan juga diperolehi daripada pelbagai manusia yang cuba
membantu. Dan pastiya apa yang paling
dan akan diingati selalu adalah “Bomoh Doremi” yang sedikit sebanyak dapat
mencuit hati kerana kaedah yang digunakan oleh mereka untuk membantu mencari
MH370 menggunakan tikar, teropong, bubu, buah kelapa dan labu sayong. Kisah yang seakan-akan serupa dengan filem yang
dilakonkan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee lebih 50 tahun lalu.
Kepelbagaian
maklumat dan informasi yang diperolehi ini dimuat turun dalam kebanyakan blog
dan media sosial lain, menjadi satu bentuk maklumat yang kucar kacir dan tidak
menentu. Siapakah yang lebih mengetahui
dan lebih mempunyai maklumat dalam menghuraikan perkara ini?. Ini adalah kerana ada pihak yang mengambil
kesempatan untuk mengolah maklumat dengan pengetahun yang dicampur aduk dengan
teori yang tidak masuk akal. Seterusnya
akan menggambarkan bahawa mereka itu nampak seperti “bodoh”
Tidak
ketinggalan juga, bacaan doa dan surah AlFatihan sentiasa berkumandang di
corong radio dan televisyen disiarkan sepanjang sebulan lepas bagi mendoakan keselamatan
pesawat MH370. Nampaknya, kepelbagaian usaha dari kepelbagaian kaedah dan
kepelbagaian usaha manusia digabungkan mencari MH370. Usaha yang sepatutnya dipuji kepada mereka
yang terlibat.
No comments:
Post a Comment