Perlakuan
dan perbuatannya juga menunjukkan dia tidak menghiraukan sesiapa, suka
melabelkan orang lain dan berprasangka tidak baik. Apa yang dilakukan orang lain adalah salah
semuanya. Dia bertanya sekadar untuk
orang lain bersetuju dengan pandangannya.
Caranya
juga menjengkelkan dan sesiapa yang memandang akan meluat dan menyampah. Dia juga seolah-olah sombong dengan
Allah. Kerana apa? Kerana dia tidak
pernah untuk menurut perintah Allah.
Ingatlah
wahai yang berkuasa, hidupmu seketika sahaja didunia, kekayaanmu hanya sementara
dan ianya adalah ujian Allah.
Kehidupanmu juga pinjaman di atas dunia, semua milikmu adalah Allah yang
punya. Engkau hanya seorang hamba yang
hina dan dhaif, penuh dengan kotoran dan jijik.
Bertaubatlah
wahai yang empunya kuasa…kuasamu bukan kekal selamanya, ianya dusta
semata-mata. Bertaubatlah sementara
nyawa didalam jiwa, bertaubatlah kerana ajal tidak mengenal siapa. Bertaubatlah.
No comments:
Post a Comment