Dia
yang melakukan kesalahan. Dia juga yang
mengaku membuat kesalahan. Tetapi dia
jugalah yang membuat laporan polis.
Alasannya kerana dia tak puashati dengan tindakan yang dikenakan ke
atasnya.
Berfikiran
cetek dan laporan polis dibuat berdasarkan kepada perasaan marah dan benci,
tidak melihat kepada kesan yang akan terlampias ke atasnya nanti.
Kawan,
kami menegur bukan kerana marah dan benci, tetapi kami sayangkan awak, untuk
memudahkan kehidupan awak dan tidak mahu melihat awak susah dikemudian
hari. Nasihat telah diberi dan kesan
yang awak lakukan kepada oragnisasi sangat berat. Sebagai ketua, kami menegur dengan penuh
hormat dan tidak pernah memaki, kami ingin melihat awak dan kawan-kawan awak
tidak diheret ke penjara kerana sedikit habuan yang diterima.
Kalaulah
teguran itu dianggap sebagai dendam dan benci, terpulang kepada awak untuk
menilainya. Andai betul kami mahu
mengenakan tindakan, telah lama kami mengambil tindakan yang tidak menyenangkan
awak. Kami memikirkan masa depan dan
keluarga awak yang ada, kami memikirkan nasib anak-anak awak yang ada. Kemana ayah, kemana ibu mereka jika di
penjara?. Kami tidak akan membuat
kakitangan kami begitu tetapi apa yang kami buat adalah sungguh adil, kami
mampu untuk manasihat dan memohon awak dan kawan-kawan awak menjalankan tugas
dengan baik dan memikul amanah Allah dengan bersungguh.
Kawan,
jika itu yang awak putuskan, terserah kepada diri sendiri, awak yang mulakan
dan kami serahkan sahaja kepada Nya, yang benar tetap akan muncul mengatasi
kebatilan. Sehingga penghujung jalan
sekalipun, kami tidak pernah marah tetapi kami berharap awak akan berubah dan
menyesali perbuatan itu. Tanyalah hati
dengan istikharah dan fikirlah yang mana busuk dan baik, yang mana elok dan
cantik, yang mana boleh dan tidak, yang mana bukan dan kehendak, yang mana
kanan dan kiri dan yang mana pahala dan dosa yang akan mengarahkan kita neraka
dan syurga.
No comments:
Post a Comment