Semalam,
selesai membuat pembentangan untuk penganjuran program peringkat kebangsaan,
yang akan disempurnakan perasmiannya oleh YAB Timbalan Perdana Menteri
Malaysia. Satu program yang menyeluruh
melibatkan semua negeri. Sebagai tuan
rumah dan tidak dapat tidak aku sebagai urus setia utama terpaksa merancang
pelbagai perkara untuk menjayakannya.
Pembentangan
proposal dipersetujui oleh semua ahli mesyuarat dengan sedikit perubahan. Esok dan lusa akan menyampaikan taklimat
kepada KSU dan YB Menteri untuk progress akhir berkenaan dengan program
tersebut. Semua kerja yang disusun
merupakan suatu perkara yang sangat sukar kerana memerlukan kerjasama dan
penglibatan semua pihak.
Penyusunan
gerak kerja secara keseluruhan mestilah dilihat dari ruang lingkup yang lebih
makro dan pemerhatian secara mikro kepada perkara yang memerlukan pelaksanaan
dan perincian mendalam. Kedua-dua pilihan ini perlu dilaksanakan secara
berperingkat dan tersusun agar mencapai hasil yang baik dan tiada silap. Apapun, doa kepada Allah untuk mempermudahkan
segala urusan sentiasa berada dihadapan kepada setiap perkara.
…
Ya Allah, permudahkanlah segala urusan ku sepanjang jalan ini, berilah
keberkatan atas usaha-usaha dan kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pihak dan
mereka yang memberi bantuan. Aamiinnn.
No comments:
Post a Comment