Ada orang bertanya,
“apa amalan ayah ketika dia hidup?” Aku hanya boleh menyatakan bahawa ayah
tidak pernah meninggalkan solat tahajjud sejak kami masih kecil lagi.
Ayah juga tidak pernah meninggalkan solat tasbih pada setiap malam hari
raya. Yang pasti, ayah akan berjaga malam untuk beramal.
Aku tidak pasti
amalan apa yang ayah lakukan tetapi apa yang aku faham, ayah sangat bertegas
dan akan memaksa kami semua (adik beradik) untuk menunaikan solat berjemaah
bersamanya, terutamanya solat subuh, maghrib dan isyak. Ayah juga seorang
yang mengikut peraturan dan penuh disiplin dalam hidupnya.
Ayah juga banyak
memberikan khidmat kepada masyarakat ketika muda dan sehinggalah akhir
usianya. Beliau seorang yang amanah dalam kerja dan suka bersedekah
kepada mereka yang susah. Ayah jugalah yang menjaga emak (cik) kami yang
sakit angin ahmar (terlantar) sejak 11 tahun lalu. Pengorbanan ayah dalam
menjaga cik tidak dapat ditandingi oleh mana-mana suami dan ayah yang
lain. Ayah seorang yang sangat sabar. Aku bangga dengan ayah.
Begitulah mudahnya
urusan yang Allah berikan kepada kami ketika menguruskan jenazah ayah.
Ayah meninggal dunia pada jam 5.30 petang dan disempurnakan pengebumian
pada jam 10 malam. Allah Maha Tahu segala apa yang berlaku.
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment