Friday, January 10, 2014

Ka'abah

“Rezeki dan keizinan Allah jua…”. Ramai orang akan berkata sedemikian dan zahirnya begitulah kerana semua perkara memerlukan kepada keizinanNya untuk dilaksanakan.
Semalam, salah seorang kawan aku baru pulang dari bercuti.  Pada awalnya beliau bercuti untuk menunaikan umrah di tanah suci Mekah, tetapi pada saat akhir, visa umrah tidak diluluskan. 

Kelulusan visa menunaikan umrah ini telah diperkatakan sejak sebulan yang lalu dan perkara ini banyak diuar-uarkan dalam kebanyakan akhbar dan media sosial.  Kerajaan  Arab Saudi terpaksa menghad dan mengetatkan kemasukan rakyat asing ke negara mereka atas sebab-sebab keselamatan dan penghijrahan rakyat asing yang melanggar undang-undang negara mereka.

Namun demikian, ada hikmah bagi sesuatu perkara yang terjadi.  Kegagalan kawan aku menunaikan umrah pada tempoh yang telah dirancang juga ada hikmahnya.  Kita sebagai manusia dan hambaNya hanya mampu untuk merancang setiap perkara tetapi akhirnya Allah jualah yang akan menentukannya perjalanannya.  Hikmah yang berlaku dan yang difahami oleh aku sepanjang percutian beliau di kampung adalah,  beliau mempunyai banyak masa dan peluang untuk menguruskan kemasukan anak ke sekolah baharu dan menguruskan keluarga yang lebih memerlukan, seperti membantu bapa mertuanya yang sedang sakit tenat.

Allah maha mengetahui apa yang akan berlaku.  Allah jugalah yang telah menentukan beliau untuk tidak menunaikan umrah tetapi menunaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan melengkapkan urusan yang belum diselesaikan. 


Maha Besar perancangan dan kuasa Allah.  

No comments: