Umur anaknya 21 tahun, baharu selesai
menamatkan pengajian persediaan ke Ireland untuk melanjutkan pelajaran dalam
bidang perubatan (menjadi doktor).
Tempoh masa bagi menamatkan pengajian dalam bidang ini lebih dari lima
tahun. Ini bermakna, pada umurnya 26
atau 27 tahun, baharulah dirinya layak bergelar doktor dan pastinya akan
bertugas di mana-mana hospital kerajaan (kerana semua tanggungan dan
perbelanjaan oleh kerajaan kerana telah tertakluk kepada perjanjian yang dipersetujui
oleh kedua belah pihak)
Penulisan pada kali ini bukanlah kepada
perenggan atas, bidang perubatan dan perkhidmatan di hospital kerajaan adalah
perkara kedua. Apa yang aku ingin
tuliskan adalah berkenaan dengan perkahwinan pada usia 21 tahun tanpa ada
sebarang jaminan pekerjaan dan punca pendapatan, malah masih mengharap kepada
ibu bapa untuk menanggung segala perbelanjaan keluarga baru ini.
Persoalannya, apakah betul tindakan untuk
berkahwin pada usia begini (21 tahun) tanpa ada perancangan (mungkin
mengharapkan kepada kelulusan yang akan tiba dalam tempoh masa 5-6 tahun lagi)
untuk mencari pendapatan bagi menangung keluarga sendiri?. Atau adakah tercapai hasrat dan cita-cita
tersebut? Kalaulah tidak tercapai…
Barangkali usia 21 tahun adalah OK untuk
berkahwin, tetapi adakah pasangan telah
bersedia untuk memegang amanah dan bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri
atau suaminya?. Bagaimana pula dengan
kelahiran anak-anak dalam tempoh tersebut?
Berkemungkinan pasangan boleh merancang kelahiran tetapi ketentuan Allah
lebih hebat, kita tidak mengetahui apa yang akan berlaku pada masa hadapan.
Bagaimanapun berkahwin pada usia yang terlalu
awal ada baik dan ada juga buruknya, apa yang perlu adalah, pasangan perlu
menilai dan memikirkan semula natijah dan kesan kepada apa yang dilakukan
sekarang. Berkemungkinan keputusan untuk
berkahwin pada usia ini dipengaruhi oleh faktor cinta itu itu sendiri, “cinta
itu buta”, tidak mengenal siapa dan masih diselaputi dengan keindahan untuk hidup
bersama, diselimuti dengan kerinduan dan sebagainya. Maka, jika demikian, adalah tidak betul untuk
mengambil keputusan berkahwin pada usia dan keadaan seperti sekarang (tanpa
apa-apa jaminan untuk hidup).
Ada juga orang berkata, “rezeki ditentukan
oleh Allah”, maka “berkahwin sahajalah”, “apa nak takut dengan tiada pendapatan
atau duit dan sebagainya”. Semuanya
tepat dan betul, semua rezeki dan hidup kita ditentukan oleh Allah. Tetapi Allah juga memberikan kita fikiran dan
akal serta nafsu untuk dikawal. Adakah
pasangan tersebut bertindak dengan menurut nafsu atau sengaja mencari alasan “takut
nanti apa-apa terjadi kalau tidak berkahwin”.
Itu alasan yang sangat salah, kerana kita dibekalkan dengan akal dan pengetahuan
serta didikan yang boleh membezakan salah dan benar, dibekalkan dengan kewarasan
akal fikiran. Maka fikirkanlah,
panjangkanlah akal kita untuk membuat sebarang keputusan, waima dalam memilih
sayuran dan buah-buahan sekalipun, kita boleh memilih yang mana busuk dan yang
mana baik.
No comments:
Post a Comment