Beratur
untuk membeli buku dan peralatan sekolah anak di sebuah sekolah di Johor Bahru memakan
masa lebih 5 jam!!!. Kalau difikirkan, memang tidak masuk akal dan tidak logik. Kalau tidak mahu percaya pun, bolehlah untuk
tidak percaya kenyataan tersebut.
Tetapi, aku telah mengalami sendiri dan berada dalam situasi ini.
Jadual
untuk hadir ke kedai buku sekolah dinyatakan pada jam 8.30 pagi. Akan tetapi
terpaksa menunggu sehingga sejam kemudian, barulah kedai buku sekolah dibuka. Aku mula berbaris pada jam 10.30 pagi selepas
mendaftarkan anak ke sekolah (berpindah).
Panjang barisan ini kira-kira 7 meter dengan anggaran seramai 20 orang yang
berbaris. BARISAN TIDAK BERGERAK.
Tidak
bergerak barisan ini sehinggalah jam 2.30 petang, didepan aku masih ada lagi 8
orang yang menunggu. Sejak dari mula
berbaris, semua orang telah gelisah dan ada yang telah bertukar-tukar ganti
dengan ahli keluarga yang lain.
Bayangkan selama 4 jam ini, penjualan dan pembelian buku belum selesai. Selama 4 jam…akau teringat juga perjalanan
dari rumah aku di Kuala Kumpur ke Johor juga mengambil masa selama 4 jam
(termasuk masa rehat di RnR). Empat jam juga merupakan satu tempoh yang lama
kalau hanya berbaris untuk membeli buku.
Aku
terpaksa untuk tidak meneruskan pembelian buku ini kerana waktu solat zohor
sudah hampir ke penghujung dan anak aku yang bersekolah pada sesi pagi telah
lama tamat waktu persekolahannya.
Perancangannya, aku akan datang semula pada lewat petang, sambil
menunggu anak aku yang bersekolah pada sebelah petang.
Selesai
urusan menghantar anak aku pulang ke rumah, aku bersolat dan bersiap semula ke
sekolah untuk berbaris membeli buku. Barisan
pada kali ini agak pendek tetapi aku tidak dapat mengagak apa akan berlaku
selepas ini. Aku mula berbaris lagi pada
jam 3.30 petang sehinggalah 5.30 petang (2 jam) untuk aku berjaya membeli buku
sekolah anak. Itupun buku dan peralatan
sekolah sebahagian besarnya TIADA STOK!!!
No comments:
Post a Comment