Mereka telah kecundang dalam pertarungan
yang sangat adil pada tiga tahun
lepas. Kekalahan mereka adalah kerana
kemampuan dan sifat mereka yang negatif, penuh dengan jiwa kotor, hasad dan
dengki.
Pelbagai fitnah dan cercaan
selama tiga tahun dilemparkan kepada yang menang. Pelbagai tohmahan dan layangan fitnah berbisa
dikumpul dan disebarkan sehingga menggugat kedudukan mereka yang menang.
Seolah-olah mereka tidak bertuhan
dan tidak mempunyai prinsip dalam hidup untuk menerima kekalahan dengan
rasional.
Mereka mengasak dan terjah dengan
penuh kasar, memukul dan menghambur kata-kata kesat dan jijik, menabur fitnah
menjadi permainan dan menghitam jiwa yang telah busuk.
Akhirnya, yang menang tadinya telah kalah. Yang kalah telah menang.
Itulah permainan jijik dan kotor mereka.
No comments:
Post a Comment