Semalam, ketika berurusan di sebuah kaunter pejabat
(tidak perlu dinamakan dan tidak perlu dinyatakan jenis perkhidmatan yang
disediakan), pelbagai alasan dapat aku dengar melalui perbualan dan layanan
yang diberikan kepada pelanggan termasuklah aku.
“Saya baru bertukar ke sini” itulah alasan pertama yang
aku dengar daripada seorang pegawai bertugas di kaunter tersebut. Perkataan “baru bertugas” sepatutnya tidak
dijadikan alasan atau sebab untuk mengelak daripada tidak mengetahui
permasalahan pelanggan yang mengadu persoalan atau membuat permohonan terhadap perkhidmatan
yang disediakan. Ini adalah kerana,
perkhidmatan yang disediakan oleh kaunter ini telah lama disediakan dan telah
ada dimana-mana sekalipun, waima dikawasan pedalaman sehinggalah ke pusat
bandaraya, mahupun semasa kecil kita semua telah melaluinya dan anak-anak kita
semua telah melaluinya. Perkara dan
perkhidmatan yang begitu mudah dilaksanakan dan diberikan kepada pelanggan yang
datang berkunjung.
Sepatutnya, pegawai yang bertukar telah mengetahui SOP (Standard
Operation Procedur) berkaitan tugas kerana telahpun melaksanakan tugas yang sama ditempat
lama. Andai pegawai belum pernah bertugas
di kaunter yang dimaksudkan, pertimbangkanlah untuk membuat sedikit
penyelidikan atau dengan lebih mudah untuk membuat pembacaan kepada SOP yang
disediakan ataupun bacalah Fail Meja yang telah disediakan di atas setiap meja
dan tugas yang dilaksanakan oleh setiap pegawai bertugas. Seharusnya juga semua
kakitangan dan pegawai mengetahui tentang bentuk perkhidmatan kerana setiap
caragaya penyampaian telah ada peraturan dan syarat yang dinyatakan. Peraturan dan syarat ini tertakluk juga
kepada pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan tersebut.
Yang paling menyedihkan, dalam suasana sesak dan sedikit kepanasan, seorang pelanggan
meminta pegawai berkenaan menghidupkan kipas siling dikawasan kaunter tersebut.
Alangkah terkejutnya aku kerana pegawai
tersebut tidak tahu untuk menghidupkan (on suis) kipas tersebut dan dengan
selamba sahaja dia memberikan alasan “saya baru bertukar ke sini”.
Adakah alasan baru bertukar boleh digunakan oleh pegawai
tersebut untuk tidak menghidupkan kipas berkenaan? Atau adakah pegawai tersebut
tidak mengenal apa itu suis kipas yang selama ini telah wujud dalam negara kita
lebih 40 tahun? Berkemungkinan juga suis kipas tidak ada? Atau adakah sikap dan alasan serba baru
berpindah atau bertukar menjadikan pegawai tersebut memberikan alasan yang
tidak munasabah sama sekali dan tidak boleh diterima oleh sesiapapun.
Banyak lagi aku hendak katakan disini…
No comments:
Post a Comment