Tuesday, January 14, 2014

Maulidur Rasul

Sambutan Maulidur Rasul, Nabi kita semua iaitu Nabi Muhammad SAW pada esok hari (12 Rabiulawal), mengingatkan aku ketika berkunjung ke Tanah Suci Mekah dan Madinah pada pertengahan tahun 2012.

Menjejakkan kaki di tanah suci Madinah, memberikan satu perasaan yang cukup tenang dan selesa, walaupun cuaca agak panas dan pada satu-satu masa, suhu boleh mencapai 50C, namun keseronokan berada di Madinah adalah tidak terkata.

Tujuan utama di madinah bagi kita umat Islam adalah untuk menunaikan solat di Masjid Nabi terutamanya di dalam kawasan yang berkarpet hijau atau dinamakan "Raudhah" (kawasan asal masjid nabi / rumah nabi) dan selepas itu pula kita semua akan berkunjung ke Makam Rasulullah, tempat yang ditunggu-tunggu oleh semua orang dan satu tempat yang tidak pernah sunyi dari kunjungan umat manusia.

Melintasi makam rasulullah, walaupun hanya sekejap sahaja akan membuatkan kita semua menangis kerana kerinduan kepadanya.  Perasaan hiba dan sebak akan memenuhi ruangan di dada.

Keseronokan bertemu dengan mu wahai rasul, walaupun hanya makam batu yang diperlihatkan dan memiliki perasaan rindu kepada mu wahai rasul, ianya adalah hadiah terbesar dalam hidup ini.  Walau jarak antara kita adalah terlampau jauh, tempoh masa antara kita terlalu lama dan cerita masa lalu dizaman mu adalah berbeza, walau seribu tahun lagi, perasaan sayang dan kasih serta rindu kepada mu  adalah sangat dekat dalam diri ini, ianya terpendam teguh dalam hati ini wahai rasul.

Apabila berbicara tentang mu, apabila  menulis tentang cerita mu, airmata ini akan mengalir laju.  aku merindui mu wahai Rasulullah.

No comments: