Jenazah ayah
disembahyangkan selepas solat isyak oleh jemaah masjid yang memenuhi hampir
keseluruhan ruang solat jemaah bagi lelaki dan perempuan. Kematian ayah sangat
dirasai oleh semua ahli keluarga yang hadir pada hari ini.
Jenazah ayah dibawa
ke kubur untuk dikebumikan. Aku dan abang menunggu jenazah didalam ruangan
kubur untuk disempurnakan di liang lahad ini. Sewaktu jenazah ayah
diturunkan, Allah memberikan tanda dan membuka mata hati ini untuk melihat
kekuasaanNya.
Aku dapat melihat
kubur ayah begitu luas dan sangat selesa untuk ayah dibaringkan. Setelah
jenazah ayah dibaringkan dengan mengiringkan bahagian badan sebelah kanan dan
menghadap kiblat, aku melihat ruangan untuk kepala ayah begitu luas dan
besar. Begitu juga pada penghujung kaki, masih ada ruang yang jelas
begitu selesa untuk ayah dibaringkan dalam liang lahad ini. Dalam hati
aku berkata “selesa jugak ayah dalam liang kubur ini”.
Selepas kami
selesai menyempurnakan jenazah ayah, aku diberitahu oleh abang aku bahawa kubur
ayah berbau wangi. Sesungguhnya Allah Maha Besar kerana memperlihatkan
aku dan mereka yang berada disekeliling dengan peristiwa ini.
Sesungguhnya Allah Maha Besar untuk memberikan peringatan dan membuka hidayah kepada
sesiapa sahaja. Peristiwa bersama
jenazah ayah sangat terkesan dalam diri ini.
Aku mohon agar dosa-dosa ini diampunkan Allah dan biarlah aku mati
seperti ayah juga.
Alfatihah untuk
ayah.
No comments:
Post a Comment