Dalam hal ini, buatlah satu laporan polis agar pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan dan memohon IPO daripada Mahkamah. Pihak isteri seharusnya bertindak cepat sebelum perkara yang tidak diingini berlaku. Mereka yang menagih dadah sanggup melakukan apa sahaja...apa-apa sahaja (seperti bunuh) asalkan boleh memuaskan nafsu ketagih mereka. Pihak isteri juga boleh mempertimbangkan tempat perlindungan sementara yang tidak diketahui oleh bekas suaminya untuk menyembunyikan diri. Dapatkan pertolongan saudara-mara dan ibu bapa (sekiranya masih ada). Menyelamatkan diri dan nyawa anak-anak menjadi perkara utama apabila melibatkan jenayah oleh orang yang kita kenal.
No comments:
Post a Comment