Sakit?...sememangnya sakit sangat, sakit kerana lemas, dan sakit kerana lutut dan siku berdarah, kerana luka. Apa yang aku nampak?...gelap dan dipenuhi air. Badan aku berpusing-pusing melihat dinding / lubang perigi. Tangan meronta-ronta seperti mengepak-ngepak, cuba untuk timbul tetapi terus tenggelam. Nasiblah diri aku pada usia ini, tidak tahu berenang atau mengapungkan diri. Nama aje budak kampung, curi-curi mandi di sungai belakang rumah (selepas balik sekolah- kena marah dengan ayah...lagi takut kena sound dengan atuk aku), tetapi tenggelam dalam perigi.
Tidak sedarkan diri?...mungkin juga tidak sedarkan diri untuk seketika kerana apa yang aku ingat, Ayah Mat mendukung aku keluar dari perigi. Hutang nyawa dengan Ayah Mat (jiran sebelah depan rumah aku di kampung dulu, anaknya sama sekolah dan sama kelas dengan aku...dan abangnya sama dengan abang aku).
Kini, perigi itu telah tiada...tapak rumah lama ayah dan atuk aku telah lama ditinggalkan, lebih 37 tahun berlalu. Ayah Mat dah tua dan dah lama aku tak jumpa dia. Aku harap Ayah Mat masih sihat, kerana dia jugalah ayah angkat aku...selepas peristiwa itu.
Namun, semuanya masih dalam ingatan dan tidak pernah dilupakan.
No comments:
Post a Comment