Tuesday, September 15, 2015
Wednesday, September 2, 2015
Thursday, August 20, 2015
Cokelat?
Memang kawan suka sangat makan cokelat, terutamanya black chocolate... tapi itu dululah, semasa kawan boleh makan dalam kuantiti yang tiada had bagi satu-satu masa dan tanpa henti. hahaha.
Penggemar cokelat katakan. beli sepeket cokelat, makan sampai habis... kalau beli dua paket, dua peket akan habis. kalau tak makan nasi pun takpe, asalkan ada cokelat.
Dahsyat eaa?... kawan pun tak percaya kawan macamtu, tapi itulah hakikatnya. Itu dulu... sekarang tak lagi. Sebabnya...bila banyak sangat makan cokelat, kawan mudah sangat kena magrain...sakit kepala yang amat sangat. Kalau sahabat kawan kata, macam nak tercabut biji mata... kawan pula kata, macam nak gergaji je kepala...
Moral dari makan cokelat... kita perlu insaf bahawa pelakuan yang melampau dan keterlaluan dalam apa jua perkara haruslah dielakkan, biarlah sederhana dan menimbangtara dengan sebaik=baik dan seadanya...

Sunday, August 16, 2015
Langkawi
Sepanjang hari Khamis hingga Sabtu lepas, kawan menghadiri Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Jabatan di Langkawi. Macam biasalah, meeting sampai larut malam dan isu perbincangan seperti jugak hasil meeting yang lepas. Kawan tak suka bila tiada keputusan dan menanti jawapan. Kawan tidak suka bila setiap keputusan juga dipengaruhi oleh kepentingan politik menteri. Ini akan menyebabkan sesuatu perkara tidak selari dengan peraturan sedia ada dan melanggar undang-undang.
Wednesday, August 12, 2015
"waaaa...."
Kenapa perlu mengikut cara orang lain? kita ada identiti kita sendiri. Mereka menunjukkan cara mereka sedangkan kita mempunyai cara kita sendiri. Memanglah nampak menarik apa yang tiada pada kita, semuanya nampak baik dan mesti mulut nganga menyebut "waaaaa....." sebabnya kita tidak buat apa yang mereka buat. Bila kita buat, mereka juga akan "waaaa...." kan kita sebabnya mereka tiada apa yang kita ada. Apa yang kurangnya? apa yang tiadanya? semua ada "waaaa..." sampai nganga mulut, sampai terlopong menyebut "waaaa...." nasib jugak ada nafas panjang utk menyebutnya sekali lagi ..."waaaa...."
Kenapa juga tidak berterus terang dengan kawan?. Kawan over sangat ke? dalam hal-hal bersangkutan dengan keperluan yang telah diberikan kepercayaan kepada kawan untuk laksanakannya sampai habis?
Kenapa perlu menyatakan secara "waaaa..." tadi kepada perkara yang nampak mudah aje, tapi bila menyebut "waaaa..." dengan adanya niat, maka lain sangat maksudnya, susah nau nak faham walaupun perkara itu terlalu mudah, seperti soalan matematik... 1 + 1...jawapannya adalah 2. Jadi kenapa memayahkan perkara yang begitu mudah?...
Berterus teranglah dengan kawan, kawan mudah faham dan kawan akan laksankan apa yang baik untuk semua. Kawan buat semuapun bukan untuk diri kawan, semuanya untuk kita-kita, bukan orang lain. Kawan hanya dilantik untuk memimpin sebuah kumpulan kerana kepercayaan semua. Janganlah buat kawan frust pada saat-saat akhir begini, semua kerja dah siap, semua yang payah dah jadi mudah, yang tak nampak dulu...dah terang benderang. Kawan penat tau!!...
Hari ini, kawan betul-betul frust. Kawan frust bila kena tikam belakang begini.
Happy Birthday Sahabat
Kawan tiada apa-apa nak dihadiahkan pada hari jadi sahabat, cuma kawan nak mengingatkan sahabat dan diri kawan sendiri, agar...tidak sekali-kali meninggalkan solat dan selalulah melakukan tahajud dan dhuha...
Tuesday, August 11, 2015
Labu & Labi
Rupanya mereka takut dengan bayang-bayang sendiri, hinggakan menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku. Sangat negatif dalam berfikir, tak sihat untuk otak dan jiwa, semuanya negatif. Masih ada prasangka buruk dan memandang orang lain dengan sebelah mata. Insaflah wahai "labu dan labi", dunia ni hanya sekejap sahaja, semuanya pinjaman dan dugaan kepada kita. Insaflah wahai "labu dan labi", dunia hanya sekilas sahaja.
Kawan suka dengan sikap "labu dan labi" yang sangat ghairah untuk mendapatkan sesuatu, tetapi kawan benci dengan sifat "labu dan labi" yang sentiasa negatif, kerana ianya membawa keburukan kepada semua orang. Dulu "labu dan labi" yang gigit cili, dia pulak yang rasa pedasnya hingga ke hari ini. Kawan tak pernah gigit cili macam monyet dalam TV yang tak makan sampai 4 hari...itu lu laaa.."labu dan labi", semua orang dah tahu.
Buatlah apa sekalipun, sekiranya masih ada sifat yang negatif dalam jiwa, ianya tidak akan surut...

Sekarang "labu dan labi" panas mendidih...
Ada aku kesah?
Ada aku kesah?
Sunday, August 2, 2015
Penghujung Ogos 2015
Ini kali ke-2 dalam tempoh sebulan kawan ke negeri Kedah. Hujung bulan Ogos nanti akan berlangsung satu program yang melibatkan semua warga kerja Jabatan. Suatu perkara yang dinantikan semua orang walaupun ianya melibatkan banyak perbelanjaan yang perlu ditanggung oleh setiap individu, kerana melibatkan penginapan, makan minum, persiapan awal dan peralatan yang dijangka menjangkau puluhan ribu ringgit.
Ermmm...pagi hari ini, kawan menghadiri mesyuarat bagi kali ke -3 untuk perbincangan berkenaan dengan program yang bakal dilaksanakan. Menaiki kenderaan dari lewat malam semalam dan tiba di Alor Setar diwaktu subuh. Selesai solat subuh, kawan dan seorang pegawai serta pemandu sempat bersarapan di sebuah warung berhampiran dengan Wisma Persekutuan Negeri Kedah.
Hasil mesyuarat dan perbincangan hari ini adalah muktamad kerana tiada lagi mesyuarat sebelum program nanti. Bermakna, tinggal hanya kurang dua minggu untuk kawan merancang semuanya agar program ini dapat berjalan dengan lancar dan baik. Kawan percaya, dan dengan izin Allah, semuanya akan bermula dan berakhir dengan baik.

Wednesday, July 22, 2015
Kawan Tak Pernah Hilang..
Ada seorang sahabat menulis dalam salah satu ruang yang selalu kawan klik untuk melihat catatannya. Walaupun ringkas tetapi ianya penuh dengan kepuasan kepada kawan. Hasil tulisannya penuh makna dan memberikan kawan semangat untuk menjadi kawan yang dulu. Barangkali sahabat kawan tak tahu apa yang kawan fikirkan kerana sahabat dan kawan terlalu jauh, bagaikan berada dalam dua dunia yang berbeza, walaupun sebenarnya sahabat kawan sentiasa dalam ingatan.
Monday, July 20, 2015
Conspiracy
Dari Blog Chedet...Apabila Tun Bersuara...
1.
There has been much talk by certain people of a conspiracy to overthrow Dato
Sri Najib as Prime Minister.
2. Is
there a conspiracy? Is there someone or some group conspiring i.e moving in
secret in the underground to overthrow Najib. There could have been before but
apart from people complaining privately about their dissatisfaction with
Najib’s administration, no one was planning his overthrow. That is not to say
that they did welcome the idea of his resigning or vacating his post. But
active underground planning and action there was none.
3.
What we do know now is that I had openly called for his stepping down. No
conspiracy. Just open declaration to the whole nation that I would like to see
Najib cease to be Prime Minister.
4 So
if any investigation is to be made, there is no need for detectives or special
agents. That there is a move or push for Dato Sri Najib to step down is known
to everyone.
5. So
again where is the conspiracy!! It is all in the open. There is no need to
conspire. There is open campaigning for his ceasing to be Prime Minister.
6.
Lately we are seeing many funny statements. The Utusan loudly proclaimed that
the Prime Minister had taken action against the Wall Street Journal.
7.
Actually it was not legal action or suing for defamation. Just politely asking
the Wall Street Journal why do they publish the article.
8. Is
there a need to ask that silly question? Isn’t it obvious that as a newspaper
the information obtained by Wall Street Journal was sensational. Any newspaper,
convinced of the authenticity of the information would have printed it. Of
course the local mainstream papers will not for obvious reasons.
9. To
ingratiate themselves with the Prime Minister they would rather mislead people.
The sub-editors are good at writing misleading headlines. For example when a
statement is made to let the task force of four do their work this is headlined
as support for the Prime Minister.
10.
Then there was a minister who, after saying that the interim report shows
nothing wrong with 1MDB, then went on to advise people not to say anything
about 1MDB until the report is out. But he himself had made a premature
statement.
11. To
all comments made against 1MDB, the standard answer is to deny, to say “No it
is not true.” It is like somebody upon being asked whether he had stolen the
money as alleged, simply denies that he had stolen, expecting the judge to
acquit him simply because he denied.
12.
There is no denial that money was deposited in the private account. The
explanation to UMNO is that it was for the elections. UMNO seems satisfied.
Don’t they know that Government money cannot be used to help a political party
to win elections? But the money was from donation. Who donated 2 billion
Ringgit? No answer.
13.
But what about BR1M? Isn’t it Government money, all 7 billion Ringgit and more.
That was clever. It is not for elections but given before any election, with
the promise of more if the party wins, isn’t it about using Government money to
win elections?
14.
Truly cash is king!!
15.
Then there is this insistence that since Najib was elected, no one has any
right to demand he should step down.
16.
How short is their memory. Don’t they remember Abdullah who was also elected
being asked by Najib to step down. And he did.
17.
And I myself, also an elected PM, did step down in 2003.
18.
All over the world elected Presidents and Prime Ministers have been asked or
forced to step down and they all did. In fact in some countries, if something
untoward happens, Ministers, Prime Ministers step down.
19. So
don’t be silly and demand that since Najib was elected, no one has a right to
ask him to step down. Abdullah won more seats in 2008 than Najib in 2013. If
Abdullah was prepared to step down, Najib after his poor performance in the
general election should not even offer to be the PM. He should resign from
being President of UMNO and head of BN and let somebody else lead and become
PM.
20.
There is this suggestion that the amendment to the election rules in UMNO was
meant to make it more democratic. Very many more members would vote in the UMNO
elections than the 2,000 or so delegates to the UMNO General Assembly.
21.
Actually the intention is to limit the number of entities involved in the
election. The winners would be those getting the biggest number of divisions
voting for. Effectively this means the real electors have been reduced from
2,000 to about 190 UMNO divisions. The number of members voting for a candidate
is nullified. Far from making UMNO elections more democratic, Najib has
actually restricted the right to vote from ordinary members to just the
divisions. And Najib has a strangle-hold over most of the division heads.
22. So
much for more democracy in UMNO
Wednesday, July 1, 2015
Dulu-Dulu
Semasa kawan berumur masih dalam umur budak-budak, 5 hingga 8 tahun, rumah kawan jauh di kawasan kampung, kira-kira 5 batu dari kawasan pekan yang merupakan laluan utama antara bandar ke bandar. Kawan ke sekolah dengan berjalan kaki, dari tahun satu sehinggalah kawan dalam darjah 3, sebelum ayah membelikan sebuah basikal untuk kawan menunggangnya ke sekolah. Perjalanan kawan ke sekolah akan menempuh beberapa buah mukim dan jalan kampung yang masih tidak bertar. Kawan tiada masalah dengan semua itu, maklum sahajalah, pengalaman semasa kanak-kanak sangat menyeronokan.
Nak kata kawan dari keluarga yang susah atau miskin, tidak juga kerana ayah kawan seorang cikgu sekolah, cuma kawan tidak bersekolah di sekolah ayah kerana ayah mengajar di sekolah menengah. Mak kawan pula seorang guru AlQuran di kampung. So hidup kawan macam biasa-biasa sahaja. Mungkin ayah sengaja nak mendidik kawan supaya kawan boleh alami sendiri pengalaman dan menjadi budak kampung yang sederhana. Ketika ini, tidak banyak aktiviti dibuat di sekolah, penglibatan murid pun hanyalah semasa waktu bersekolah sahaja. Tiada aktiviti selepas sekolah yang melibatkan murid-murid untuk hadir seperti sekarang, kalau adapun hanya sedikit sahaja dan seperti acara tahunan sahaja. Jauh bezanya.
Aktiviti hujung minggu dan musim cuti sekolah dipenuhi dengan aktiviti budak kampung seperti mandi sungai, menangguk ikan di sawah padi, menangkap ikan di sungai dan di lubuk, mencari buluh untuk membuat meriam buluh semasa bulan puasa, mengutip biji pokok getah dan menjualnya..dapatle 50sen seguni...,main tanah liat, main perang-perang combat, membuat senjata buluh dengan peluru biji cermai, main layang-layang kertas, kadang-kadang melihat dikir barat di kampung lain, wayang gambar di tengah padang sekolah dan macam-macam lagi..
Kenangan dulu-dulu akan membuatkan kita tersenyum atau menangis sendiri. Kawan lebih banyak senyum kerana kawan telah melalui pengalaman yang sangat manis walaupun kadang-kadang ada pahitnya. Biasalah..kita akan melupakan semuanya tetapi bagi sesetengah perkara yang masih jelas dalam fikiran, akan tetap kita tidak lupa.

Wednesday, May 27, 2015
Bikers Kental III : z1000 ke z1000sx ke sport?
Model Z1000 antara model yang sangat cun dalam kelasnya berbanding dengan model dan dari jenama lain. Sememangnya Kawasaki tidak pernah kalah dalam merekacipta design yang sangat menarik dan bergaya. Z1000 Nampak kasar kerana lampu dihadapan direndahkan, dari sudut hadapan, ianya seperti kepala predator dan menyerlahkan ciri-ciri kasar dan ganas. Walaupun ada sedikit nampak tegak berbanding dengan model Ducati, tetapi Z1000 memberikan kelainan dalam kemasan enjin dan keserabutan mekanikal yang kurang ditonjolkan.
Ketinggian tempat duduk Z1000 adalah 1055cm, agak tinggi bagi kawan yang agak rendah tetapi masih boleh menapakkan bahagian kaki dengan baik. Ianya setanding dengan model sportbike yang lain. Pengendaliannya boleh dikatakan sangat mudah dan mempunyai handle yang ringan untuk digerakkan. Jarak tempat duduk penunggang dengan bahagian pendikit minyak sedikit tinggi dan tegak, tidak terlalu menurun, memberikan penunggang keselesaan dan kelebihan untuk merehatkan diri dengan tank yang agak besar.
Sekiranya menempuh perjalanan yang jauh, model Z1000 memberikan keselesaan pemanduan dan tidak memeritkan berbanding dengan model sport. Ini adalah kerana model sport dibina untuk kelajuan, pastilah Z1000 akan kalah dengan spesifikasi kelajuan jika dibandingkan dengan model sport. Ciri-ciri fizikal Z1000 bukan untuk kelajuan dan ianya ditonjolkan melalui beberapa kekurangan dalam penyediaan rintangan angin, ketinggian dan jarak tempat duduk. Boleh dikatakan Z1000 mempunyai kelebihan dengan jarak tetapi kalah dengan model Z1000SX yang mempunyai penambahan ciri-ciri sportbike.
Namun demikian, untuk memecut sehingga 260km/j adalah mudah bagi Z1000, walaupun tujahan awal sangat berbeza dan kurang sedikit kuasanya untuk diberikan tekanan. Jika anda pernah menunggang sportbike, maka perbandingan ini seharusnya juga dijadikan ukuran sebelum memiliki mana-mana model yang bukan sport. Kita juga tidak boleh menyamakannya dengan mana-mana model sport walaupun kuasa atau cc nya nampak sama, kerana fungsi bagi kedua-dua model adalah sangat berbeza. Selain itu, sebaran udara panas dari bahagian enjin juga agak sekata kepada keseluruhan ruangan dihadapan enjin dan tidak memanaskan mana-mana bahagian kaki penunggang berbanding dengan model sport yang agak terhad kepada saluran tertentu yang memungkinkan kepanasan kepada bahagian kaki.
Bagi kawan, model Z1000 sangat selesa ditunggang untuk aktiviti yang lebih santai dan agak agresif, terutamanya kepada siapa sahaja yang berulang alik ke tempat kerja dan menempuh kesesakan lalulintas di bandar-bandar. Z1000 memberikan ruang kepada penunggang untuk sampai ke destinasi dengan cepat tanpa gangguan pengendalian walaupun dalam sesak dan memerlukan tujahan dengan serta merta dan menyelit di antara kenderaan-kenderaan yang lebih besar. Jelas sekali bahawa Z1000 tersendiri dalam kelasnya.
Semasa mengambil selekoh tajam sekalipun, Z1000 agak stabil dengan kelajuan 150kmj hingga 200kmj. Penunggang masih boleh meletakkan sepenuh kepercayaan kepada model ini kerana tayar hadapan dan belakang dalam kelebaran yang setanding dengan sportbike iaitu 120/17 dan 190/17. Barangkali penunggang tidak selesa dengan ketinggian model ini semasa mengambil selekoh yang tajam dan memerlukan kerendahan titik graviti seperti sportbike. Apapun, kawan tak suka layan lap sebab pernah jatuh semasa aksi tersebut.
Apapun, model Z1000 adalah model tersendiri walaupun seakan sama dengan model Z800 yang lebih kecil dan lampu hadapan yang diletakkan lebih tinggi. Model Z1000 tidak sama dengan Jenama Ducati tetapi memiliki spesifikasi yang jauh lebih baik ataupun setanding dengan kebanyakan jenama terkenal. Berbaloi untuk memiliki? Ianya sangat berbaloi untuk dimiliki tetapi kelebihan lain kepada model Z1000sx yang memiliki sifat santai agresif yang dilengkapi dengan ciri-ciri sportbike.
Untuk perbandingan tanpa sportbike, antara Z1000 dan Z1000sx? kawan pilih Z1000 kerana lebih praktikal, tetapi kawan suka z1000sx...
Cubalah...sahabat bila lagi?

Monday, May 25, 2015
Al Kahfi
Kelmarin, kawan ada mentelaah sedikit ayat-ayat AlQuran, surah AlKahfi. Yang menarik minat kawan dalam surah itu adalah cerita pengembaraan yang dilakukan oleh Zulqarnain dalam beberapa ayat di pertengahan surah. Disebutkan pasal Yakjud Makjud dan kaum yang tiada bahasa dan tiada kita mengertikan bahasanya, satu kaum yang sangat kurang akalnya. Dengan kelebihan yang diberikan Allah, Zulqarnain membina tembok daripada besi dan tembaga setinggi gunung yang menghalang yakjud makjud. itu adalah penceritaan perjalanan Zulqarnain ke arah timur atau penghujung matahari jatuh. Perjalanan lain yang dibuat olehnya adalah ke arah sebelah barat, yang menemukan satu kaum yang sebaliknya.
Dalam surah itu, tiada dinyatakan siapakah Zulqarnain tetapi kelebihan yang dikurniakan Allah adalah sehebat barisan para nabi yang ada... seorang pemimpin dan wali Allah yang diceritakan dalam kebanyakan kitab dan buku-buku sasterawan Eropah. Penceritaan Zulqarnain, yang pernah kawan baca adalah dalam riwayat yang ditulis oleh seorang sahabat nabi yang menceritakan berkenaan peri lengkapnya kisah Zulqarnain melalui Sayyidina Ali...ini termausklah kisah pengembaraan ahli kahfi yang dihidupkan semula oleh Allah setelah mereka dimatikan dalam tidur mereka selama 300 tahun didalam sebuah gua.
Ini adalah kisah-kisah yang legend dan ajaib yang pernah diungkitkan oleh seorang alim ulama Yahudi kepada Rasulullah S.A.W, Nabi Muhammad berkenaan dengan kebenaran Nabi Muhammad sebagai Rasulullah. Nyatalah, Nabi Muhammad S.A.W dapat menceritakan semua kisah-kisah tersebut dengan ilham wahyu yang didatangkan Allah kepadanya, sebuah penceritaan yang tiada dapat ditandingi mana-mana penceritaan, kerana ianya adalah kata-kata Allah.
Allah humma sallialasaiyyidina Muhammad...

Sunday, May 24, 2015
Dari Blog Chedet - Najib dan Pembohongan
Bila Tun Bersuara...
1. Amatlah menyedihkan apabila saya dapati saya tidak dapat elak dari kenyataan bahawa Perdana Menteri membohong . Dalam kes wang 1MDB yang dikatakan telah dibawa balik dari Cayman Islands dan disimpan dalam bank BSI Singapura, jawapan tertulis oleh Perdana Menteri kepada soalan Parlimen tidak menepati kebenaran sama sekali.

2.
Pembohongan yang pertama ialah tidak ada wang tunai 1MDB yang dibawa balik.
3.
Kedua, tidak ada wang tunai yang dimasukkan ke dalam bank BSI di Singapura.
4. Ini
jelas dari pindaan kepada jawapan yang pertama, iaitu bukan wang tunai
berjumlah USD 1.103 billion (RM3.6 billion), dimasuk dalam bank BSI tetapi
dokumen (surat pengakuan) yang disimpan dengan bank. Apa dia nya surat ini
tidak dijelas tetapi yang jelas ialah ia bukan wang tunai.
5. BSI
bank telah menyatakan selepas itu bahawa dokumen yang menyatakan simpanan
dibuat oleh “Brazen Sky” anak syarikat 1MDB adalah palsu dan bukan daripadanya.
Maka jelaslah kenyataan bertulis yang kedua oleh Najib kepada Parlimen bahawa
yang disimpan adalah dokumen juga tidak benar.
6. BSI
bank telah lapur kepada Monetary Authority of Singapore (MAS – Penguasa
Kewangan Singapura) bahawa tidak ada wang 1MDB yang disimpan dengannya.
7.
Pada kebiasaannya MAS melapur maklumat ini kepada Bank Negara. Ini jelas dari
pengakuan bahawa kononnya lapuran ini tertakluk kepada protokol kerahsiaan
antarabangsa (Egmont principles of information exchange) dan kehendak
kerahsiaan di bawah seksyen 10 AMLA. Dari kenyataan ini adalah jelas bahawa
Bank Negara telah terima lapuran Monetary Authority Singapore.
8.
Tujuan merahsiakan tentulah kerana ada sesuatu yang tidak kena atau pembohongan
yang telah dilakukan apabila Najib menjawab soalan bahawa wang tunai telah
disimpan dengan bank BSI di Singapura.
9.
Perbuatan “cover-up” atau menyembunyi kesalahan dalam urusan Kerajaan adalah
salah di segi undang-undang.
10.
Saya perturun di sini peruntukan dalam Malaysia Penal Code (Undang-undang
Jenayah Malaysia) Section 218.
11.
“Whoever being a public servant, and being as such public servant, charged with
the preparation of any record or other writing, frames that record or writing
in a manner which he knows to be incorrect, with intent to cause, or knowing it
to be likely that he will thereby cause, loss or injury to the public, or to
any person, or with intent thereby to save, or knowing it to be likely that he
will thereby save any person from legal punishment, or with intent to save, or
knowing that he is likely thereby to save any property from forfeiture or other
charge to which it is liable by law, shall be punished with imprisonment for a
term which may extend to three years or with fine or with both.”
12.
Adalah jelas bahawa dalam kes wang tunai yang didakwa oleh Perdana Menteri dan
pegawai-pegawai Kerajaan, Bank Negara dan 1MDB telah dibawa balik dari Caymans
Islands dan disimpan di BSI bank di Singapura serta pindaan kepada jawapan
pertama bahawa bukan wang tunai yang dibawa balik dan disimpan di Singapura,
tetapi dokumen, kesemuanya tidak benar. Mereka yang membuat lapuran yang salah
ini telah melanggar undang-undang jenayah Seksyen 218.
13.
Perkara yang amat serius sedang berlaku. Wang syarikat milik Kerajaan yang
dihutang dengan jaminan Kerajaan sebanyak tujuh billion (tujuh ribu million)
Ringgit sudah tidak dapat dikesan di mana ia berada dan percubaan dibuat untuk
membohongi Parlimen dan Negara berkenaan dengannya. Ada unsur jenayah berkenaan
kes ini yang memerlukan siasatan oleh polis dan jika wang ini tidak juga dapat
dikesan maka proses undang-undang hendaklah diambil terhadap semua pihak yang
terlibat.
Thursday, May 21, 2015
So What???
"So what???" Terlebih kurang sopankah kawan kalau kawan berkata begitu? Pada fikiran kawan, bukan nak menunjukkan kurang ajarnya atau kurang sopannya kawan, tetapi nak menegur dengan lebih berhemah kepada jawapan yang kawan terima, yang dijawab dengan terlebih kurang sopannya dan terlalu kurang sangat ajarnya.
Satu situasi yang memerlukan sedikit usaha untuk menjayakan sesuatu, perkara ini sangat perlu ... a.k.a wajib dilakukan supaya ianya berjalan dengan sempurna, dengan mengambil kira semua keadaan dan situasi serta faktor-faktor luaran serta dalaman. Sangat diperlukan untuk lakukan, bukan sekadar hanya menyelesaikan tugas sahaja. Apabila alasan dinyatakan sebelum melakukan atau mencuba, ianya satu sikap yang tidak baik.

Wednesday, May 20, 2015
Assalam Alaikum
Nak masuk rumah orang atau kalau berjumpa dengan seseorang, dan andainya kita orang islam, kenalah bagi salam dahulu. Kalau bukan islam ataupun kebiasaannya, ucap selamat dahulu... yang boleh dilakukan dengan ucapan "selamat pagi, good morning, apa khabar" dan sebagainya. Ucapan ni tak susah sangat nak dilakukan, cuma gerakkan fikiran kita untuk ucapkan salam atau selamat pagi kepada orang lain bila bertemu.
Bila masanya susah sangat nak ucap salam?... apabila sifat seseorang terlalu ego, sombong dan meninggi diri. Dalam fikirannya, menganggap bahawa orang lain perlu mulakan dahulu, bukan dirinya, kerana dalam dirinya telah dikekang oleh sifat tadi.
Kalaulah kita masuk rumah orang tanpa mengucapkan salam dan sedikitpun tidak menegur penghuni dalam rumah tersebut, samalah juga kita dianggap sebagai pencuri atau perompak. Kawan percaya, siapapun jua yang dianggap sebagai perompak atau pencuri, seharusnya akan dihalau keluar dari rumah, setidak-tidaknya seluruh ahli keluarga akan memukul perompak tersebut dan dihantar ke lokap polis. Ianya satu kesalahan kerana merompak, yang boleh kita samakan dengan memasuki rumah seseorang tanpa berkata apa-apa seperti yang kawan sebut diawal perenggan ini.
Peringatan kepada diri kawan juga, ucaplah salam dan bertanya khabarlah selalu kepada mereka yang kita telah lama kenal atau baru sahaja bertemu. Salam adalah doa dan menjawab salam juga doa, masing-masing memohon kepadaNya untuk rahmat dan sejahtera.
Assalam alaikum sahabat ... apa khabar?

Tuesday, May 19, 2015
Bola dan Selfie
Kecoh satu Malaya pasal bolasepak dan selfie yang menimbulkan marah orang ramai. Kisahnya, penyokong bolasepak sebuah negeri merusuh kerana tidak berpuashati dengan pengadil yang membatalkan jaringan gol (offside), dan selfie pulak berkenaan dengan graduan sebuah universiti berselfie atas pentas semasa mengambil skrol Diplomanya. Ada juga mereka yang menyokong perbuatan tersebut...dengan memberikan alasan ianya satu perkara baru dan kita perlu berfikiran terbuka, antara lain kata mereka...kat US dan luar negara perbuatan selfie ni tak menjadi kesalahan punnn..kata mereka lah.
Dan berkenaan bolasepak pula, penyokong menuduh pengadil tidak adil, sehingga MB negeri tersebut sendiri pun mengeluarkan kata-kata seperti ugutan..."tidak akan menyertai pertandingan lagi"...HAHAHAHAH...nak tergelak bila baca kenyataan dari MB yang sedemikian...nampak sangat ikut perasaan dan marah hati kerana pasukan negerinya tewas. Jelas sekali dipaparkan dalam video yang disebarluas melalui media menunjukkan pemain yang menjaringkan gol berada dalam kedudukan "offside". Istilah offside dalam bahasa inggeris...pahaman kita kalau kita main kat kampung...main "tunggu ayam". Kawan melihat perkara ini satu perbuatan yang sangat memalukan kalau main macam "tunggu ayam", lepas tu nak marah-marah kat pengadil dan dituduhnya tak adil dan berat sebelah, tak habis selepas itu, pergi pulak gaduh2 dan buat semak kat stadium serta merosakkan harta benda awam. Bertambah-tambahlah malangnya apabila timbul kenyataan MB yang agak tidak pandai mengeluarkan kata-kata kerana kekalahan yang sepatutnya diterima dengan semangat kesukanan.
Cerita berselfie dan ada juga perbuatan menari-nari semasa berjalan untuk menerima skrol sangatlah tidak sopan kerana dilakukan dihadapan mereka yang sepatutnya kita hormati. Kita orang melayu sangat mengutamakan sifat dan adap sopan selari dengan tuntutan agama yang kita anuti. Sekadar menghormati mereka yang lebih tua dan hendaklah menunjukkan dengan perbuatan yang baik. kalau ada yang berkata,
"tidak terbuka fikiran", "fikiran kolot", "kat US dah lama orang buat", "kita aje yang lebih-lebih dan tak faham jiwa graduan". Itu semua merupakan alasan yang boleh siapapun berikan. Yang paling utama adalah menjaga tatasusila kita dalam masyarakat, mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Siapalah kita andainya kita sendiri tidak mampu menterjemahkan nilai-nilai budaya dan kesopanan yang telah kita miliki selama ini...apatah lagi lebih malang, sekiranya kita sendiri telah melupakan semuanya.
Kawan bukan berfikiran lama atau ortodok, tetapi kawan melihat perkara yang perlu kita berikan keadilan ditempatnya, keadilan kepada satu suasana yang sangat kita hormat dan satu majlis yang sangat dimuliakan. Seperti juga perbuatan kita menegur mereka yang lebih tua dan berpengalaman dalam kerja, bukan dengan kata "hoi!!" atau dengan "apasal bro"...tetapi hendaklah dengan lebih baik kerana mereka yang perlu kita hormati. Menjaga adap sopan bukannya terlalu payah dan sukar nak dilaksanakan, ikutlah peraturan dalam tatacara kehidupan, dan sentiasa memuliakan mereka yang lebih tua. Kita juga jangan lupa bahawa kita kaya dengan nilai-nilai murni dan tuturkata ketika berbahasa, contoh mudah... kita tak panggil "u" atau "i" kepada mereka yang lebih tua tapi berbahasakan "pakcik" atau "makcik"... mudahnya kita menggunakan gelaran nama kita sejak lama dulu, bukan mengikut orang putih yang ada hanya satu bahasa... Tidak salah kita melebihkan adap sopan selagi ianya selari dengan kehendak agama, kerana Nabi Muhammad S.A.W juga menerima wahyu dan dijelaskan dalam AlQuran agar menghormati seorang buta yang datang berjumpa dengannya.

Monday, May 18, 2015
Tun M dan DSN
Dalam beberapa minggu ni, kawan banyak membaca blog ayahanda Tun, selain kawan mendapatkan beberapa buah buku yang pernah ditulis oleh Tun M. Bukan apa, sekadar nak cari cerita yang ditulis oleh beliau dan mengetahui serba sedikit pendapat dan pandangannya terhadap beberapa isu semasa yang berkaitan dengan PM, iaitu DSN. Ye lah, banyak sangat konflik dan ulasan media ke atas PM yang masih belum selesai. Perkara ini bukan sahaja ke atas PM tapi ke atas Tun M sendiri. Apa sahaja yang boleh kawan buat ...kawan membuat bacaan ke atas beberapa tulisan berkenaan dengan DSN berkaitan caragaya pentadbiran dan kemelut yang dihadapinya sepanjang menjadi PM.
Kesimpulannya, dan kalaulah ada orang bertanya, kawan akan jawab... "kawan sokong Tun M tetapi peluang harus diberikan kepada DSN". DSN perlu nyatakan pendiriannya sendiri, jelaskan dalam lima prisip mudah... why, what, when, where and how bagi semua perkara itu berlaku, jangan hanya membisu dan mengerah ahli lain untuk menyokong sedangkan mereka juga tersepit...

Kehadiran Ramadan, Kita Semua Ternantikannya
sebulan lagi...
Saturday, May 16, 2015
Bikers Kental II - z1000
Lama dah kawan tak update pasal bikers kental... bukan tak minat tapi tak sempat nak citer pasal motor, lagipun kawan dah lama tak tunggang motor. Apapun, kawan update sikit pasal motor kawan yang baru...model z kawasaki, R1 kawan masih simpan dalam kelambu, nak cuba jenis ganazz macam model kepala predator ni pulak. Kalau nak pecut dan nak kelajuan melampau, tak payahlah pakai model z, tunggang aje sportbike dan jangan komplen tak laju... model z ni lebih kepada santai tapi lebih aggresif.. cubalah!!
Monday, May 11, 2015
Dari Blog Chedet - Tabung Haji
Bila Tun Bersuara...
"Tiada ada negara yang begitu berjaya mengumpul wang dari orang Islam berhajat untuk mengerja haji dari Malaysia dengan Tabung Hajinya. Wang yang ditabung sejak ditubuh Tabung Haji sudah meningkat sehingga ribuan juta Ringgit. Wang ini boleh dilabur supaya keuntungan dapat membantu pengurusan tabung haji dan subsidi kepada bakal haji. Wang tabung haji adalah dari pencarum dan Tabung Haji hanya diamanahkan untuk mengurus dengan baik, dengan cara yang dihalalkan oleh Islam. Wang ini bukan milik Tabung Haji. Amatlah menyedihkan apabila wang ini diguna untuk bailout (pemulihan) hutang 1MDB.
Tanah Tun Razak Exchange seluas 70 ekar dibeli oleh 1MDB dengan harga RM194.1 million untuk 70 ekar. Sekarang Tabung Haji membeli satu setengah ekar dengan harga 188.5 million Ringgit, hampir sama dengan harga 1MDB beli 70 ekar. Untung besarlah 1MDB. Sebenarnya tanah ini, asalnya untuk mengadakan pusat dagangan bumiputra. Tetapi 1MDB telah mengenepikan projek ini. Inikah cara Tabung Haji mengguna duit orang ramai yang diamanahkan kepadanya. Pencarum berharap duit yang disimpan dengan Tabung Haji diurus untuk kebaikan mereka tetapi wang ini diguna untuk menyelamatkan 1MDB yang telah hilangkan berbillion Ringgit. Rancangan ini perlu dibatal sekarang juga. Tunku Aziz berkata dia sedia menyiasat Jho Low da Riza Aziz jika saya buat laporan.
Sebenarnya laporan telah dibuat oleh pihak lain tetapi tidak ada siasatan yang dibuat oleh sesiapa. Sebaliknya pihak yang melapor dimufliskan dan rumahnya telah digeledah. Jika Tunku Aziz begitu prihatin terhadap gejala rasuah, siasatlah dan laporlah kes-kes berkenaan. Buktikan juga saya lesap duit kerajaan!! Jika tidak dapat dian sajalah".

Friday, May 8, 2015
Mak
Sudah lebih 12 tahun, mak kawan lumpuh, orang kampung kata angin ahmar, dan kebanyakan kita sebut sakit stroke. Dengan penyakit yang ada, mak sangat terhad untuk bergerak dan memerlukan bantuan orang lain.
Ada sebabnya mak kawan sakit begitu. Allah telah tentukan perjalanan hidup dia untuk menghadapi dugaan yang sangat berat. Kawan percaya dan menganggap ianya satu dugaan untuk mak kawan mengumpul pahala yang pastinya begitu besar dengan berkat kesabaran dan semestinya kecacatan yang dialami mengekang dirinya untuk berbuat dosa. Alangkah indahnya percaturan Allah kepada manusia.
Bagi kami, percaturan dalam menentukan mak terus mendapat kebahagian seorang ibu.

Wednesday, May 6, 2015
Melampau
Pelakuan melampau yang dilakukan individu telah menyebabkan kemalangan maut di Lebuhraya DUKE pada Sabtu lepas dan menyebabkan tiga nyawa terkorban. Mudahnya kita menuding jari kepada siapa sahaja yang kita suka untuk menyatakan siapa salah dan berdosa...pada masa yang sama, mudah juga kita membuat kesimpulan bahawa, sikap yang terlampau dalam perlumbaan kereta (pastinya bukan sahaja pada sabtu lepas, tetapi telah lama berlaku dan berulang-ulang, dan mereka terselamat dari penguatkuasaan serta hukuman) menyebabkan kecelakaan kepada orang lain. Moralnya, sifat dan perilaku melampau ini...menyebabkan kecelakaan kepada mereka yang tiada kaitan (langsung)... dan Allah mendatangkan hukuman dan akibat serta musibah kepada kita, supaya kita berfikir dan mengambil pedoman. Segeralah sedar dan bertaubat atas apa jua kesalahan dan dosa wahai sahabat...hentikanlah. Tak usah nak berdalih dan menyiapkan diri dengan alasan lagi, alasan yang dah lapuk dan perkara lama...semua orang dah tahu!!!
"So (oo mankind and Jinn) which of the bounties of your Lord will you deny?" Surah ArRahman

Thursday, April 30, 2015
Sunday, April 26, 2015
GST
Perkara ini telah lama diperdebatkan dan pelaksanaannya bermula pada 1 April lalu. Masih banyak kepincangan dan kekurangan yang perlu dilakukan oleh pihak berkuasa, khususnya Jabatan Kastam dan Kementerian lain yang terlibat dalam membetulkan kesilapan dan kefahaman masyarakat. Semua orang akan menyalahkan Kerajaan kerana melaksanakan cukai, apa yang mereka faham adalah... pertambahan kepada cukai sedia ada. Persoalan orang kebanyakan dalam istilah cukai ini adalah, kutipan cukai yang semakin bertambah dan perkara yang paling utama adalah... adakah harga barang akan meningkat?... lantaran kenyataan menteri dan persembahan melalui media televisyen yang seringkali diuar-uarkan bahawa harga barang akan menurun ... tetapi hakikatnya tidak.
Persoalan yang ditimbulkan tidak sama dengan apa yang dinyatakan. Tindakan penguatkuasaan inilah yang perlu dilaksanakan jika benar harga bukannya semakin menurun. Berlaku manipulasi peniaga dalam memutarbelitkan fakta percukaian itu sendiri, malah seperti menyalahkan GST sebagai peningkatan harga...betul ke?. Masyarakat kebanyakan akan menganggap, ianya satu sistem percukaian yang berat dan bukannya satu sistem yang dapat mengurangkan perbelanjaan, walaupun mereka tahu...(buat-buat tak tahu)...setiap perkara akan mengalami peningkatan harga mengikut jajaran masa. Logik akal juga, dan kita semua faham bahawa kos kepada setiap satu benda atau perkhidmatan akan meningkat, cubalah bandingkan harga pada tahun-tahun sebelumnya, secara berperingkat dan mengikut peredaran, semestinya akan meningkat. Masyarakat jangan lupa, bahawa kenaikan dalam pendapatan juga telah meningkat berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Antara hendak menerima pembaharuan atau seperti memekakkan telinga dan membutakan mata untuk menolak perubahan tetapi hakikatnya mereka sangat memerlukan perubahan... Kita semua kena faham bahawa perubahan memerlukan pengorbanan. Ada yang seolah tidak faham dan tidak ingin berkorban sedangkan merekalah yang paling galak menuntut perubahan.
Catatan lepas, pernah juga dijelaskan bahawa, lakukanlah sedikit pengorbanan, menganggap setiap cukai sebagai sedekah kepada pembangunan negara, ini lebih baik daripada membakar setiap sen kepada perkara haram yang berlipat ganda perbelanjaannya...merokok. Simpanlah sedikit dalam hati dan jiwa kita dengan selalu berprasangka baik dengan pemimpin... berdoa dan menerima setiap rezeki dengan penuh keredhaan. InsyaAllah.

Monday, April 20, 2015
Thursday, April 16, 2015
Pingat Kemahkotaan Khas
Tak terbayang langsung dalam fikiran ini nak dapat pingat daripada Tuanku Sultan dan Istana Johor sempena Hari Kemahkotaan pada akhir Mac lalu. Senarai nama yang diminta oleh pihak SUK adalah senarai nama yang telah memberikan khidmat sepanjang pengurusan dan pelaksanaan dari awal perancangan bagi menjayakan Hari Kemahkotaan. Sememangnya kawan terlibat dari peringkat awal, bermula pada pertengahan tahun 2012, dalam mesyuaratnya yang pertama dengan Dato' SUK Johor.
Kawan ingatkan pingat biasa-biasa sahaja, seperti yang kawan selalu berseloroh dengan kakitangan pejabat ini, "agaknya macam pingat yang lari 100m kat sekolah kot"... tapi semasa kawan dalam perjalanan ke Pejabat SUK pada pagi tadi, ianya bukan perkara mudah, ianya satu hal dan perkara serius serta penting. So...kawan pasrah bahawa Tuanku Sultan telah berkenan menganugerahkan kepingan pingat yang sangat terhad sempena Kemahkotaannya kepada mereka yang terhad juga. Kesimpulannya, pingat ini, sekali dalam seumur hidup dan terhad kepada Hari Kemahkotaan sahaja.
Perasaan kawan?, semestinya kawan teruja dan gembira dengan penganugerahan ini, kerana kawan tidak mengharapkan apa-apa ganjaran sepanjang kawan berkhidmat di sini. Selagi kita berusaha dan memberikan khidmat dan niat kepada Allah, maka, akan tiba juga ganjaran yang diilhamkan Nya kepada manusia. Ini juga merupakan hadiah harijadi yang cukup bermakna. Alhamdulillah
Wednesday, April 8, 2015
Iman
Semalam, sempat kawan jenguk anak kawan masa dia bersiap-siap untuk memulakan persembahannya. Iman main band untuk sekolahnya, Sekolah Tun Fatimah (STF). Iman dah pun masuk form 3 pada tahun ini dan telah tiga tahun jugaklah dia dalam band STF. Pada kali ini, persembahan di hadapan Tuanku Sultan Johor sempena majlis kemahkotaan di daerah Pontian. Aku turut hadir sebagai tetamu biasa sahaja, bagi meraikan DYMM Sultan. Khamis (esok), Iman akan ke Mersing bagi membuat persembahan yang sama, Berkemungkinan tengahari hari rabu, mereka dah tiba di sana. Baru dapat sms dari Iman, katanya...dia bermalam di Mersing untuk persembahan pada Khamis nanti.
Good Luck Iman, Abah bangga dengan kamu.

Sistem Lama
Menghadiri majlis Kemahkotaan Sultan Johor di daerah Pontian pada hari semalam, 7 April 2015, satu majlis yang serba ringkas tetapi penuh dengan kemewahan, sepadan dengan super VIP yang diraikan iaitu DYMM Sultan Johor dan Permaisuri Johor. Walaupun tempoh yang agak singkat bagi sebuah majlis yang memerlukan proses yang begitu panjang sebelumnya, namun begitulah hakikatnya. Rakyat melihat DYMM Tuanku Sultan sebagai seorang Sultan yang harusnya berdaulat dan menjadi pemimpin mereka. Rupanya kita masih lagi memegang kepada adat dan simbol sistem beraja yang masih utuh. Sistem ini boleh di tambah baik dalam nilai dan unsur kemuliaan kepada pemimpin dengan menambah nilai dalam peradaban terhadap prinsip ketuhanan dan perhambaan kepada Allah. Semoga Allah membuka rahmat kepada pemimpin yang insaf dan sedar akan tanggungjawab mereka membawa pengikutnya ke arah kebaikan dan kesejahteraan dunia, lantas memihak kepada keindahan akhirat.
Monday, March 30, 2015
Cukup sudah
Rasanya tempoh empat tahun dah cukup untuk kawan di sini. Kawan dah puas memberikan khidmat dan apa sahaja yang kawan ada untuk Johor. Walaupun sumbangan kawan hanyalah sekelumit sahaja, tidak besar dan tidak nampak untuk dipandang, tapi kawan rasa puas, kerana bagi kawan, kawan lakukan untuk Allah, biarkan ianya seperti udara yang tidak nampak tetapi kita semua menikmatinya, memberikan nafas dan terus bernyawa serta mampu hidup.
Jika dinyatakan dalam sebuah rajah matematik, ada pekali x dan y, maka, dapatan kepada semangat kawan selari dengan masa, boleh dibaca dengan kenyataan ianya telah mendatar, tak naik dan tak turun. Apa yang ada, kita buat seperti biasa dan bukan nak buktikan apa-apa. Kalau nak tengok penilaian prestasi kawan sejak empat tahun lepas, kawan boleh berbangga kerana kawan tetap dengan prestasi cemerlang dan melebihi 95%- 97% berturut-turut. Penilaian ini sememangnya memberikan kawan semangat untuk bekerja dengan komitmen dan seadanya kawan. Alhamdulillah. Apa yang kawan harap, prestasi kawan juga cemerlang dalam pandangan Allah, yang dicatatkan ratib dan atib, kawan harapnya melebihi 90%... yang kurang itu, bukanlah dosa tetapi ruang kosong yang perlu tambah lagi kerana kawan sangat terseksa dengan dosa lalu...

Sunday, March 29, 2015
Riad Dah Nak Khatam Quran
Riad dah nak khatam alQuran, ayat-ayat dalam surah terakhir akan ditamatkan olehnya secara rasmi dalam sedikit waktu dengan kawan sebagai guru ngajinya. Alhamdulillah...Allah izinkan Riad untuk tamat membaca alQuran, sebelum dia menduduki UPSR pada tahun ini. Walaupun kawan tahu, Riad ada menghafaz beberapa surah yang agak panjang, tetapi menamatkan sejuzuk alQuran menjadi wajib kepada kita dalam mendaulatkan ayat-ayat Allah.
Saturday, March 28, 2015
Manipulasi
Kawan ada usulkan beberapa isu dalam Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Jabatan pada minggu lepas, Salah satu perkara yang kawan bawa adalah, manipulasi orang ramai berkenaan dengan salah satu perkhidmatan Jabatan yang disediakan. Kawan melihat perkara ini boleh disalahertikan maksud dan caragaya kepada mereka yang terlibat, lantas akan membuka peluang kepada mereka untuk memperolehi apa yang mereka mahukan, walaupun dengan cara yang salah tetapi mereka akan menghalalkan atas kelemahan syarat dan prosedur yang ada.
Sayang sekali, usul kawan ditolak mentah-mentah dan alasan yang diberikan adalah, "sepatutnya u lebih jelas dengan syarat dan prosedur sedia ada". Kawan tahu dan kawan sedia maklum dengan syarat dan prosedur yang disediakan, tetapi kawan cuma risau dengan penyalahgunaan syarat itu sendiri yang akan membuka peluang kepada mereka yang sedikit kreatif menafsirkan maksud dan meletakkan kepentingan dalam perkara ini. Yang paling kawan bengang, kenapa orang lain yang hadir sama dalam mesyuarat ini tidak bersuara?...adakah mereka tahu dan faham isu yang kawan bawa ini atau mereka tidak ambil tahu?
Takpelah, kalau pihak Dato' tidak bersetuju dengan isu yang kawan bawa, tak mengapa. Kawan cuma risau dan kawan percaya perkara ini akan menjadi masalah di kemudian hari. Bukan kawan berharap ianya menjadi masalah tetapi, pihak Dato' banyak sangat membuka peluang walaupun kita semua sedar bahawa syarat yang ada terlalu longgar, dan boleh mereka gunakan untuk memanipulasi maklumat dan mengaut keuntungan dengan mudah, mereka akan cuba juga kerana mereka tidak rugi, dan... "apa salahnya menangguk di air yang keruh..."
Malas kawan nak layan ...

Friday, March 27, 2015
Pilihan?
Kelmarin, kawan berbincang tentang kematian bersama dengan seorang sahabat kawan..sahabat best fren forever...Dia bertanya kawan...pilihan mati di mana?, tempatnya di mana?. Kawan kata, kawan nak mati dan dikebumikan di Tanah Suci Madinah, perkuburan Baqi', berdekatan dengan Rasulullah S.A.W, Nabi Muhammad. Dia kata, nanti anak-anak tak dapat ziarah kubur kawan, macam kawan ziarah kubur ayah kawan...kawan kata kat dia...tak mengapalah...asalkan anak-anak kawan menjadi orang baik-baik dan soleh solehah, lantas dapat mendoakan kawan. Sahabat kawan diam...kawan diam...
Kawan selalu mohon agar kawan dapat dikebumikan di Madinah, mintak dengan Allah ajelah untuk ketentuan kematian kita ini.

Wednesday, March 25, 2015
Nikmat-Nya
Bila Allah menghentikan secebis nikmatNya untuk seketika, masyaAllah... kesan derita yang kita rasai tanpa nikmatNya itu tersangat hebat dan besar. Nikmat kesihatan, nikmat kekayaan, nikmat anak, isteri, suami, kerja, air, angin, udara, mata, telinga, rasa, perasaan, tidur, buang air, makan, minum, jalan, tenang, kusut, stress, ada pakaian, ada kawan, teman, adik, abang dan sebagainya dalam dunia ini..adalah nikmatNya...tak payah nak kira, tak akan habis nak disenarai.
Apabila kita lupa kepadaNya, Dia biarkan nikmat itu terhenti untuk seketika... kita akan menggila untuk mendapatkannya (nikmat) semula. Alangkah eloknya kalaulah kita sebagai penerima nikmat ini sentiasa mensyukuriNya, menyebut namaNya selalu, menunaikan perintahNya dengan sempurna dan menginsafi kesalahan kita selama ini.
Perkara paling sukar untuk dilakukan adalah, kita sentiasa mengingatiNya.

Tuesday, March 24, 2015
Tau Takpe
Kena beringat-ingat... kepada siapa-siapa yang suka sangat cakap perkataan ni... "tau takpe", kerana perkataan itu, agak tidak sesuai digunakan. Kenapa kawan berkata begitu, sebabnya...perkataan "tau takpe" ini hanya sesuai digunakan dikalangan kawan-kawan kita dan rakan-rakan yang sekufu dengan kita-kita sahaja, bukan dengan boss atau ketua atau orang yang lebih tua, yang perlukan kita untuk menghormati mereka.
Tak sesuai...memang tak sesuai. Cuba kita bayangkan kita sedang bercakap dengan orang yang lebih tua dari kita, atau dengan lebih mudah, bayangkan anak-anak kita bercakap dengan kita, atau boleh bayangkan juga, anak murid bercakap dengan gurunya. Dia menggunakan perkataan "tau takpe" kepada kenyataan yang diberikan oleh gurunya atau ibunya atau bapanya atau ketuanya... (emmmmm) ..memang tak sedap didengar kan?...seolah membuat provokasi kepada kenyataan tersebut atau menyindir dengan apa yang dikatakan.
Perkataan "tau takpe" ini juga tidak sesuai digunakan kepada sahabat-sahabat yang lama kita tak jumpa, atau mereka yang baru kita kenali. Kerana ianya seperti merendah-rendahkan atau memperkecilkan pemikiran orang lain. Contoh yang paling mudah bila seseorang yang mengatakan persetujuan atas sesuatu perkara, maka kita mengiakannya dengan "tau takpe"... seolah ucapan ini menyindir dirinya yang sepatutnya tahu...
Apa salahnya, kita tukarkan "tau takpe" kepada perkataan yang lebih sedap dan diterima oleh orang lain, walaupun kita berkomunikasi dengan seorang kanak-kanak kecil sekalipun, kawan suka dengan perkataan "saya setuju" menggantikan "tau takpe"...tak nampak sangat kurang ajarnya, malah menampakkan penghormatan dalam komunikasi bersemuka atau maya.

Thursday, March 12, 2015
parking je pun
Pasal parking kereta pun nak kecoh, aduhhh...macam-macam komplen rasa tak puas hati. Apa yang dikomplen adalah betul...tak salah pun, yang terlibat dalam hal-hal ini adalah mereka juga, saling kenal mengenali dan dari satu tempat yang sama, macam adik beradik (kalau dalam sebuah rumah)...tapi dia punya marahnya, memang terasa, bukan seperti kawan baik, tapi musuh. Cuma satu aje dengan perangai derang ni, didepan, amboi macam takde apa-apa, tapi kalau dibelakang, pergghhh...layan kutuk macam gilerr...
Hipokrit derang ni sebijik macam orang jepun, depan kita boleh pulak senyum manis, haik..haik...haik...kata bersetuju, mulut manis je sepanjang masa...tapi dia punya kesan hipokrit, alahai, menyeksakan, tetiba je lain macam jadinya... jangan percaya bila si jepun berkata-kata, depan kita je boleh, belakang...sorry!!!

Wednesday, March 11, 2015
Bikers Kental
Kawan senyum je bila terbaca salah satu status sahabat kawan pasal bikers kental. Bukan apa, cuma kawan teringat masa dulu dulu, masa muda-muda...semuanya pasal motorsikal, semuanya menjadi kegilaan dan minat yang sangatlah mendalam. Kalau sehari tanpa moto...maka, akan demamlah kawan.
Motorsikal pertama yang kawan tunggang (ni terus kepada superbike la eh) adalah GPZ600, moto pinjam dari abang kawan yang bawa balik dari US, tahun 1990, masa tu kawan baru je dapat lesen B Full untuk menunggang motor berkuasa cc lebih dari 500cc. Oleh kerana ini adalah moto pinjam, so, kawan pun takle berapa suka nak pinjam meminjam...tengok je lebih, menunggangnya sedikit je.
Bila kawan dah stat keje pada tahun 1995, kawan dah dapat moto sendiri, beli dengan loan MBf Finance (Jalan Pudu) tempat kerja lama kawan, moto jenis kawasaki jugak, tapi tak berapa best sangat sebab motonya tak sepenuhnya berkuasa tinggi. Kawan ambil keputusan, jual moto itu dan beli model lain... apa lagi, kawan beli model C1, ZZR1100, jenis Ninja dan Sport Touring Bike...ramai kawan-kawan panggil "anak gajah" sebab moto ni bersaiz besar dan berat, tetapi lajunya pun boleh tahan hebat, cecah 280km/hour...itu yang pernah kawan test lah, ada jugak kawan-kawan lain kata boleh cecah 300km/jam, itu kawan percaya sebab mereka pernah buat...cuma satu je, bila nak test speed moto ni, kena jalan yang luruslah...itupun dalam 5-6 saat je... moto ni memang best sangat...kawan maintain moto ni agak lama jugak, sebab model baru yang keluar dalam tempoh itu, tidak banyak yang dapat sama dengan model C1, handling dan top speed memang tiada perbandingan dengan mana-mana moto lain.
Apapun, selepas beberapa tahun (lebih 5 tahun rasanya) kawan terpaksa jual model C1 ZZR1100 Ninja kawan kepada salah seorang sahabat, bukan apa, mudah berurusan dengan kawan-kawan yang sama suka moto...a.k.a..bikers kental. Dalam tempoh inilah, kawan kehilangan moto yang memang kawan sayang, dan barulah kawan tahu...rupanya kawan tak bole berpisah dengan moto ... kawan rindukan bunyi enjin dan ekzosnya, rindu pada bau minyak yang ada bila anjin panas, bunyi kipas dan sebagainya...alahai...
Memang tak lama dan kawan memang tak boleh tahan bila takde moto... moto jugak punya pasal, kawan beli moto baru, jenis dan model yang agak berlainan, penuh sport, dan mengambilkira performance perlumbaan dalam Grand Prix...kawan angkat Yamaha R1...siap ada nama The Doc lagi kat firing depan...hahaha...the doc ni bukan siapapun, nama sempena valentino rossi yang menang lebih 10 perlumbaan berturut dalam tempoh tersebut. Model R1 memang menjadi minat ramai bikers dan bila dah ramai orang minat, ramai jugak yang mengutuk (sebab tak dapat R1), so, harga R1 memang lebih sikit dari mana-mana moto lain...modelnya akan berubah-ubah dari setahun ke setahun..
Pengalaman kawan menunggang R1... adala sikit-sikit...nak kata pakar, blm boleh...apapun, tork R1 memang the best, speed dia memang superb, handling lebih baik dari model C1...lagipun dua model yang berbeza fungsi, so tak boleh diambilkira...untuk cecah ke 100km/hr..dalam 3 second jer...itupun dalam 3rd gear...ermmm...kawan pernah cuba dalam 295km/hr di Sepang circuit...bole pergi lagi rasanya, so, kalau nak ke sepang, siap-siapkan tukar tayar eh...pakai tayar utk race...bole henjut sampai lumat.
...sambung...

Sunday, March 8, 2015
Notis Pusaka
Kawan dan adik beradik kawan akan pulang ke kampung untuk menyelesaikan pembahagian harta pusaka arwah ayah yang masih ada. Ini merupakan kali kedua, kami hadir dalam perkara yang sama. Begitulah hendaknya, mengikut undang-undang dan peraturan mana yang ada. Selepas ayah pergi, sedikit harta yang ada, berupa tanah dibahagikan sama rata mengikut faraid bagi kami adik beradik. Ada juga ayah telah wasiatkan kepada setiap orang, mengikut percaturan dan keputusan ayah. Kami akur dengan apa yang ada, tiada perselisihan antara kami. Harta ayah yang diwariskan akan dijaga dan diguna dengan sebaiknya, InsyaAllah.
Thursday, March 5, 2015
Hudud dan Kaafirunn
Undang-Undang Hudud telah dibentangkan dalam Persidangan DUN Negeri Kelantan pada awal bulan ini. Tindakan yang agak lewat, selepas pemergian Tok Guru Nik Aziz dalam perjuangan beliau untuk melihat hudud dilaksanakan di Kelantan. Tak mengapa, kerana pembentangan tersebut telah dipersetujui oleh semua Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan, termasuklah parti pembangkang di sana. Ini bermakna, hukum yang tidak boleh ditolak oleh semua umat islam. Jika ada penolakan, ianya tidak bermakna kita menolak hukum Allah, tetapi kita menolak cara pelaksanaan kerana mengmbil kira situasi semasa.
Ya, umat islam di Malaysia telah mengamalkan hukum islam ini melalui hukum-hukum syariah yang telah lama ada, tetapi ianya terhad kepada jenayah-jenayah keluarga sahaja, pelaksanaannya masih tertutup khususnya kepada jenayah-jenayah civil, kerana mengambil kira kepelbagaian kaum dan kemudahan serta penerimaan masyarakat yang tidak beragama islam.
Kawan sangatlah menyokong pelaksanaan hukum islam di Malaysia khasnya dan wajib kepada mereka yang beragama islam. Kepada kaafirunn, anda tak payah nak berbelit lidah menyebut ayat-ayat alQuran menidakkan hukum Allah, kerana rujukan anda salah dan berpandukan kepada kosong ilmu dalam agama kami.
Kawan pun pelik, kenapalah kaafirunn di Malaysia menentang pelaksanaan hudud dan kerisauan yang sangat mendalam kepada kita umat islam untuk menegakkan hukum Allah?, sedangkan mereka tidak terlibat sedikitpun dalam perkara ini...kawan percaya mereka seharusnya mempunyai niat dan muslihat yang kita tidak tahu.
Kawan pernah membaca sebuah buku berkenaan dengan perjuangan dan dakwah Rasulullah S.A.W, Nabi Muhammad semasa di Mekah. Baginda menyebarkan dakwah melalui dua cara iaitu, secara rahsia dan secara terbuka. Penyampaian dakwah secara rahsia dibuat ketika permulaan baginda dilantik sebagai Rasullullah dan penyampaian secara terbuka ketika Baginda mempunyai pengikut yang telah memeluk Islam. Ketika inilah baginda dan para sahabat mendapat tentangan yang begitu kuat dari pihak kafir Quraish.
Penentangan itu jelas kepada nabi yang membawa ajaran Islam @ kebaikan dalam kehidupan mereka, namun, kafir quraish menolak kerana kepentingan mereka dalam perniagaan dan kehidupan sedia ada, yang penuh dengan hawa nafsu dan penipuan serta kezaliman. Mereka tahu bahawa ajaran nabi adalah untuk kesejahteraan umat tanpa mengira pangkat dan keturunan, tetapi oleh kerana kepentingan diri dan puak-puak serta keturunan bangsa Quraish itu sendiri, mereka menolak dan menentang sehabis-habisnya dengan kekerasan dan bunuh membunuh.
So, kawan percaya, sikaafirun di Malaysia terutamanya yang kiasu ini, menentang pelaksanaan hudud disebabkan kepentingan mereka dalam perniagaan, terutamanya maksiat, dadah, rasuah, arak, judi, DVD haram, barangan tiruan, faedah riba, penipuan hartanah dan sebagainya. Bila umat Islam menjadi baik dan mengamalkan ajaran Islam dengan betul, umat Islam tidak lagi mengambil rasuah, melakukan maksiat, menyalahguna kuasa, membeli yang haram dan sebagainya... maka perniagaan mereka akan lumpuh dan hancur.
Kerana mereka hanya mementingkan kekayaan dunia sahaja.

Wednesday, March 4, 2015
Daulat Tuanku
Pada 23 Mac 2015 nanti, Sambutan Hari Kemahkotaan DYMM Sultan Johor akan disempurnakan. Bukan hari yang biasa-biasa dan bukan mudah kita nak meraikan lagi dan bertemu dengan Hari Kemahkotaan ini. Pada pengetahuan kawan, Hari Kemahkotaan DYMM Sultan Johor yang pernah dibuat adalah lebih 55 tahun lepas. Ini bererti, hari yang sungguh bermakna kepada semua rakyat Johor yang ada ketika ini.
Walaupun kawan bukan rakyat Johor yang dilahirkan di Johor, tetapi kawan bekerja di Johor, rasanya kawan cukup faham dengan sikap dan sifat orang johor yang penuh dengan kemesraan dan semangat negeri yang agak ketara (sebelum ini, kawan ingatkan orang Kedah atau Kelantan aje yang penuh dengan semangat kenegerian). Tak mengapalah, semestinya kita kena sayangkan negeri dan bangsa kita...dan yang paling utama adalah agama kita.
Berkenaan dengan Hari Kemahkotaan DYMM Sultan Johor, Jabatan kawan menguruskan penyampaian cenderahati / bungkusan kepada masyarakat, dengan penglibatan semua daerah mengikut giliran dan bersemayamnya DYMM Sultan sepanjang bulan Mac hingga April nanti. Apa yang penting, penyediaan semua perkara berkaitan dengan bungkusan dan cenderahati telah bermula sejak tahun 2012. Gerak kerja dan perancangan perlu dilaksanakan dengan betul dan tepat. Semua Jabatan akan memastikan pelaksanaannya dapat memberikan kepuasan kepada semua.
Bagi kawan, ianya suatu perkara yang unik dan dicatatkan dalam lembaran sejarah Johor, DYMM Sultan Ibrahim merupakan warisan Kerajaan Johor yang diangkat sebagai Sultan, suatu hari yang cukup bersejarah. Daulat Tuanku!!!

espiem 2014/2015
Semalam, keputusan SPM diumumkan. Anak buah (sebelah isteri) kawan ada dua orang yang menduduki SPM tahun lepas. Jadi, semalam terdapat dua keputusan yang berbeza, walaupun dari sebuah sekolah yang sama. Sekolahnya pun cukup gah kalau nak disenaraikan..antara sekolah yang teratas dalam negara, bukan kecik pencapaian, nak sebut purata..rata-rata semuanya dapat A...
Ermmm...termasuklah anak buah kawan yang dua ni, seorang dengan 9A dan seorang lagi dengan 4A. Pastinya yang sikit A akan kena ... dan yang banyak A akan selamat. Mak ayah yang kecewa, anak sudah pasti, mak ayah juga yang gembira, anak lagilah gembira dan bersuka ria. Kecewa anak tidak sama dengan sakitnya perasaan ibu dan ayah menanggung kegagalan anak, susah payah yang dilalui selama ini dan pastinya mengharapkan anaknya berjaya dengan cemerlang.
Yang menjadi tumpuan adalah kepada yang kurang nak berjaya, harus diteruskan juga usaha untuk berjaya. Kawan cadangkan untuk anak ini supaya menduduki semula SPM pada tahun ini, usaha kena bermula dari sekarang, lupakan semua perkara berkaitan dengan permohonan kemasukan ke universiti atau kolej, kerana awak tak layak nak ke sana...awak kena buktikan dan ubatkan perasaan mak ayah awak dahulu dengan keputusan yang lebih baik, 9A atau 10A. Kalau perlu, awak kenalah teruskan dengan STPM...
Itu hanyalah cadangan kawan (dalam hati je) sebab tak nak campur urusan anak beranak tu...

Tuesday, March 3, 2015
Ellize
Kawan tergelak sendiri bila orang kata yang kawan berborak panjang tadi tu si Elizabeth Tan, penyanyi yang suara serak-serak sedap didengar tu. Kawan tanya, siapa Elizabeth Tan?, sebabnya kawan memang tak kenal, almaklumlah tak suka sangat dengar lagu...kadang-kadang boleh jugak layan muzik...alahai... So, itulah Elizabeth Tan. Okeylah...kawan baru berborak panjang dengan Elizabeth Tan...layan ajelah sebab dia yang ajak kawan duduk berbual...itupun semuanya pasal kerja.
Bila sahabat kawan cakap yang Elizabeth Tan itu seorang penyanyi, kawan pun mula google pasal dia, memang banyak menyanyi minah ni, suara pun memang serak-serak sedap didengar...
Sorry lah Elizabeth Tan, kawan memang tak kenal awak.., apatah lagi nak tanya siapa awak, jauh sekali, memang kawan tak minta otograf awak...sebab memang kawan tak kenal awak. Baru je kenal selepas berjumpa tadi...
Tapi...cayalah...awak memang petah sangat bercakap...macam puteri hang li po pun ada ...

Monday, March 2, 2015
Kiasu
Kawan pun pelik dengan tindakan satu kaum minoriti yang dikatakan "kiasu" dalam perjuangan politik mereka. Sesetengah pihak mengatakan mereka ultra kiasu, yang boleh kita fahami sebagai melebihi kiasu, atau kiasu melampau. Kiasu? Ya...kiasu yang kita boleh ertikan sebagai takut kalah dalam perkara yang remeh atau kecil. Jika beginilah sikap dan sifat yang dimiliki oleh ultra kiasu dalam hidup mereka, maka mereka tidak akan lari dari mementingkan kebendaan dan keuntungan semata-mata, kerana mereka jahil dalam menimbang tara sifat-sifat moral dan kepercayaan kepada takdir. Jauh sekali nak percaya kepada takdir kerana mereka sebenarnya seperti tidak bertuhan dalam kehidupan mereka. Mengambil kesempatan dan peluang, semestinya keuntungan dalam hidup tanpa mengira halal atau haram, kerana hukum tersebut tiada dalam kitab mereka, hanya yang ada adalah moral untuk melakukan kebaikan. Akhirnya mereka percaya bahawa duit yang dicuri boleh dibersihkan dengan menyimpannya di bank dan mengeluarkannya semula.
Jom Tolong
Kita bantu mana yang mampu kita bantu...bila kita dah tiada lagi, harapnya ada orang lain yang akan buat kerja ini, sebabnya ramai anak-anak yang masih memerlukan bantuan. Anak-anak ini boleh berjaya dalam pelajarannya, prestasi mereka antara yang teratas dalam darjah di salah sebuah sekolah berasrama penuh, dan antara sekolah yang dapat kedudukan antara lima terbaik di Malaysia...
Walaupun sedikit bantuan yang kita hulurkan, jumlah itulah yang sangat membantu mereka untuk meneruskan pelajaran dengan tenang dan baik.
Sewaktu menemubual, memerhatikan mereka... pakaian mereka lusuh dan singkat, bukan fesyen berpakaian seperti itu, cuma pakaian mereka telah tidak lagi sesuai dengan tumbesaran fizikal badan mereka, maklum sahajalah, budak-budak remaja cepat membesar. Sehinggalah ada sebahagiannya sangat-sangat memerlukan barangan keperluan seperti sabun basuh, pakaian dalam dan sanitari dan pelbagai lagi keperluan...bukan kehendak eh!!
Andai pakaian yang dipakai dah lusuh, kasut sekolah dah koyak dan tapaknya dah semakin menipis, jauh sekali mereka ini hendak bermewah-mewah seperti anak-anak lain yang berkemampuan dan kaya raya. Walau alat tulis sekalipun, mereka hanya bergantung kepada apa yang ada, sebatang pensil dan pen, dengan sedikit keperluan untuk menulis dan menggaris. Buku rujukan...kata mereka " tiada buku tersebut, kalau dapat upah jaga koop, boleh la beli, itupun kumpul sampai hujung tahun, baru bole beli"
Tak salah kalau anak-anak ini diberikan apa yang mereka perlukan, jangan pulak kita tak suka dengan kesenangan yang mereka dapat. Jangan sangat nak berkira dengan sedikit wang yang kita berikan, Allah yang mengetahui semuanya. Jom tolong!!!

Sunday, March 1, 2015
luah
Seperti tangan ini menggigil...suara pula seakan bergetar dan nada percakapan yang agak gementar, merasakan degupan jantung semakin kencang, menahan nafas yang terasakan padat dan sendat didalam dada...tapak tangan mula berpeluh, lirikan mata ini memandang tepat ke arahnya, bersama dirasakan aliran darah yang mengalir laju ...
Aku tahu...Iblis sedang membakar sifat amarah dan menambah sakit dalam jiwa, mencurah sifat jahat syaitan kedalam hati untuk bertindak dalam akal yang tidak waras...kerana katanya, "ia berbaloi...marahlah lagi...lagipun dah lebih 4 tahun mendiamkan diri, sekaranglah ketikanya!!!"
Ampunkan aku Ya Allah untuk kesalahan ini...astaghfirullahalaazim...

Wednesday, February 25, 2015
semuanya dia tahu
Dia bercakap seolah-olah tahu semuanya dan mahir dalam segala hal ehwal duniawi. Apa yang dikatanya mesti dituruti dan dipersetujui, walaupun sebenarnya dia langsung tidak tahu, hanya berpura-pura dan buat-buat tahu, boleh dianggap seperti "cuba menangguk di air keruh"..kalau mengena, untunglah dia, kalau tak, dia tak rugi apa-apa...tetapi orang lain yang akan dianggap salah.
Dia lupa, sebenarnya disebalik semua perkara yang dianggapnya "dia tahu segalanya" dan menganggap remeh, rupanya ada tersusun serumpun peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Peraturan dan undang-undang ataupun yang kita katakan sebagai prosedur ini, tidak lain tidak bukan, asasnya untuk kebaikan semua pihak, tidaklah hanya sebagai alat dan perhiasan sahaja, tetapi ianya satu garispanduan untuk melakukan kerja dengan betul. Bukan dibuat sesuka hati dan sesedap rasa sahaja.
Brader, maaf eh...kawan nak tulis disini, semua perkara ada sebab dan alasannya, jangan biarkan kata-kata sahaja cantik tetapi akal tidak dapat menerima, tidak faham dengan aturan sedia ada. Tolonglah perbanyakkan bacaan kepada prosedur dan aturan yang ada, bukan nak kata bodoh tapi awak tu kurang membaca, selidiklah dulu asas yang ada, bukan menghentam sahaja...kerana tindakan terburu-buru awak mengakibatkan fitnah kepada orang lain, ramai yang terasa hati dan sakit hati dengan kenyataan awak. Banyakan membaca brader...jangan suka tengok video sahaja. Kalau budak-budak kurang membaca, maka kuranglah pengetahuan dia, kuranglah kepandaian dia, nak jawab peperiksaan pun akan menjadi masalah dan akhirnya tak dapat markah tinggi, akibat itu juga dia akan dikenali sebagai murid lembab..lembam dan pemalas serta tambahan kepada semua itu, sealiran dengannya adalah jahat..a.k.a....nakal di sekolah. Budak-budak inilah yang berlagak macam dewasa tetapi batang tubuh masih kecil, mereka terperangkap dalam jiwa dewasa dan perasan bagus, lantas melakukan perkara tidak sepatutnya mereka lakukan...merokok dan berlagak gengster.
Lain pula kalau dah dewasa, macam lu Bro...kalaulah masih malas membaca, akibatnya langsung buruk dari itu...hentikanlan merepek sorang diri dalam alam siber, perluaskan ilmu dahulu, barulah menampakkan setiap tulisan bermutu dan sedap dibaca, bukan dengan ayat rakus dan kurang ajar. Nampak sangat awak giler glamor untuk bertanding jadi Yang Berhormat... lupakanlah, sebab kami semua sudah tahu, awak dah tak laku.

Monday, February 23, 2015
Saka
Ada pada sesetengah orang...apabila kita melihatnya, sedap aje mata kita untuk memandang wajahnya, tetapi ada juga sebilangan kecil, kita rasa tak selesa nak tenung lama-lama, apatah lagi nak berkata-kata...bukan dia tak cantik atau segak, bukannya tak lawa atau kemas, tetapi rasa tak selesa nak pandang. Bila bercakap dan bertentang mata pun rasa rimas dan segan (menyampah!!)
Astaghfirullahalaazim...
Bukannya apa-apa, kawan baru aje bersemuka dengan orang macamni (bukan yang sedap dipandang), memang menjengkelkan, menyampah bila tengok muka dia... beberapa kali kawan panjangkan dan ulangkan istighfar tadi agar dijauhkan pandangan kawan dan dijauhkan kawan berkomunikasi dengan dia. Astaghfirullahalaazim...
Tak dapat nak elak, Allah nak menguji kesabaran kawan, Allah izinkan kawan berkomunikasi dengan dia. Terus terang kawan katakan, kawan tak dapat nak bercakap dengan manusia jenis ini...kawan angkat tangan, kawan tak cakap apa-apa jika boleh tapi dalam komunikasi, kawan terpaksa mengiakan atau menidakkan, itu yang paling berkesan rasanya.
Dalam diam kawan berkata " Saka apa lah yang ada kat dia ni?..."astaghfirullahalaazim..."

Wednesday, February 18, 2015
mabuk Ketum ke?
Si kafir lebih elok perangai kerana amalan mereka mengambil contoh dan amalan nabi...walaupun mereka tidak faham apa ajaran dan sunnah nabi, tetapi apa yang mereka faham adalah moral dalam kehidupan, menghormati dan menjaga maruah diri dalam masyarakat. Yang dah beragama pun macam hidup segan, mati tak mau, masih segan-segan nak mengamalkan sunnah dan agama dengan betul. Asyik nak membabikan orang lain dan membongongkan manusia tanpa memikirkan kesan kepada siapa yang dibabikan dan dibongongkan, rupa-rupanya sendiri kena la, sebabnya yang ko tunjuk kata itu menghala kepada diri sendiri.
Ada masalah ke?, kurang kasih sayang mak ayah, atau suami isteri?, masalah kewangan? ke problem mahkamah kena saman?... problem dalam kerja?, boss marah? ke tak dapat kenaikan gaji?...masalah dengan dadah?...ada minum ketum?...aduhhh...tak dapat aku nak nolong kalau makan dadah macam makan nasi...minum ketum macam minum air sirap atau teh o ais...problem sangat2 kalau macamtu... ada buat solat?, ada doa dengan Allah?, ada mengaji quran? tahajjud atau dhuha?...ada buat?...
Macamni la (walaupun siapa pun ko, pompuan atau lelaki), istighfarlah banyak-banyak, Allah akan bagi ketenangan nanti. tak payah lah susah-susah nak pakai baju orang lain...peluh ko busuk sangat, bau hamis mat bangla...terlekat kat baju, dari jauh aku dah kenal siapa ko walaupun ko pakai baju melayu dan bertanjak besertakan keris sekalipun. Takyah lah susah-susah nak membusukkan orang lain... sebab haruman bunga ros jauh sangat bezanya dengan peluh bangla ko tu..nak muntah!!!

Friday, February 13, 2015
Tok Guru
Hari ini adalah tarikh perginya seorang pemimpin besar dalam negara, khususnya di Negeri Kelantan, perginya Tok Guru Nik Abdul Aziz ke Rahmatullah. Semuga beliau bersama mereka yang mendapat rahmatNya.
Wednesday, February 11, 2015
Penjara
Semalam, salah seorang yang agak ternama dalam bidang politik negara telah dijatuhkan hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan yang disabitkan dalam Seksyen 377B Kanun Keseksaan...kesalahan meliwat. Ini merupakan kali kedua beliau dipenjarakan, kalau tak silap, penjara kali pertama adalah pada tahun 1998 hingga 2003
Dah berumur...68 tahun dan kebiasaannya manusia seusia ini, diletakkan dalam kategori tua-tua dan sepatutnya apabila kita sebagai manusia yang lemah dengan usia, perlulah menghabiskan sisa hidup dalam ibadah dan taubah.
Pada pendapat kawan, kawan tak sokong mana-mana ahli politik yang suka bercakap sebaliknya dari kenyataan, a.k.a munafik dan hipokrit. Tiga perkara yang jelas menyatakan bahawa seseorang itu adalah munafik adalah...bila bercakap, dia akan bohong, bila berjanji, dia mungkir dan bila diberikan amanah, dia akan khianat...jadilah dia munafik tegar.
Berbalik kepada cerita penama yang kena penjara, bagi kawan, Allah telah makbulkan doa-doa mangsa yang teraniaya, dan Allah belum menerima doa-doa yang diluahkan oleh penama. Ramai penyokong penama berkata " kita tengok di akhirat..."...eeee....berani ye kome cakap macamtu?, kawan tak mahu dah tengok kes-kes macamni di akhirat, nak jaga diri sendiri pun belum tentu lepas, Kome ingat akhirat tu macam pasar malam atau pergi tengok wayang?...baik bertaubatlah kome...akhirat terlalu panjang dan panjang...insaflah...janganlah berkata sedemikian.
Kepada penama, insaf dan bertaubatlah, selitkan sedikit dalam doa mu, kenapakah Allah menguji sedemikian rupa, adakah diri kita ini sebetulnya benar atau sebetulnya salah...seharusnya melihat semula dan menginsafi semua kelakuan lampau yang dilupa, menerima kenyataan dan redha dengan apa yang tiba. Janganlah menyombong diri dan sedikit tidak perlu meminta maaf...bak kata mereka yang ramai...sudah-sudahlah...Allah masih menunggu taubatmu...

Sunday, January 25, 2015
Tuesday, January 20, 2015
Alfatihah untuk ayah
Hari ini, tarikh yang tidak akan dilupakan dalam hidup ini dan pastinya rindu kepada ayah semakin menebal...selamanya begini. Alfatihah utk mu ayah
Sunday, January 18, 2015
Mr Sotong
Emm...ada jugak yang baca pasal sotong hijau. Hal ehwal sotong ni, memang ada sejarah lama, menyakitkan hati kalau disebutkan semula kisah sotong hijau dan sotong lembut ni. Fizikal sotong memang meyakinkan siapa sahaja yang melihatnya...tapi bagi aku...menyampah giler, level 9... Bila bercakap, memang menambahkan sampah dalam menyampahnya aku..naik level 10. Depan kita bukan main cantik lenggok bahasa, lawa sangat tutur kata...bagi aku, tetap menyampah, level 11...
Dulu-dulu, sotong inilah yang menyebabkan aku dan kawan-kawan lain terkandas dalam kenaikan pangkat dan gred jawatan kami, dia tulis memorandum dan mengajak pihak JPA, dan bertambah giler bila dia menulis kepada Perdana Menteri dan akhir sekali kepada DYMM Yang DiPertuan Agong, untuk terlibat dalam mencabar perlantikan kami seramai 16 orang dalam urusan kenaikan pangkat. Bertambah sasau apabila pihak JPA melayan karenah lembut si sotong dengan mencari kesilapan dan kesalahan dalam pengurusan dan pengendalian proses perlantikan itu...akhirnya alasan yang dikemukakan oleh JPA untuk menidakkan hak kami adalah "kesilapan mengisi borang"...lantas semua sekali dibatalkan...hal ni lagi giler tahap sinkazen keretapi jepun, level 10...alasan yang dikemukakan adalah tidak masuk akal...a.k.a..tidak logik...a.k.a tidak munasabah...maintain level 10
Tak pasal-pasal si sotong hijau yang lembut dan bersopan, pandai jaga Menteri dan KSU, akhirnya kami seramai 16 orang dihenyak...stress level 9...tak berapa tension sangat sebab kami bawa ke SPA untuk penghakiman akhir...siaplah kau sotong, aku bukan dendam tapi nak bagitau sahaja, bukan rezeki itu ditanganmu tapi semuanya Allah yang tentukan..stress level 1 sahaja kerana SPA menyokong kami dalam hal ini...so what Mr Sotong?, want to fight?
Kejap lagi kau akan jadi lauk..sotong goreng bercili...

Friday, January 16, 2015
Laksa Johor
Kawan terbaca satu artikel berkenaan dengan tempat-tempat menarik dan makanan tradisi di negeri Johor. Yang manarik minat kawan adalah kepada satu artikel berkenaan dengan Laksa Johor...emmmmm...sedap...lagipun kawan memang penggemar Laksa Johor, suka sangat...sedap, walaupun kawan bukan orang Johor tapi Laksa Johor membuatkan kawan cair dengan Johor..ha ha ha..
Masa mula-mula kawan makan Laksa Johor ni, kawan ingatkan "laksa"nya dibuat daripada tepung beras atau gandum ataupun daripada mee...tapi, "laksa" nya adalah spaghetti...emmmm...buatkan kawan terfikir, asal usul Laksa Johor itu, samada pengubahsuaian laksa ini daripada mee atau laksa biasa kepada spaghetti?...
Artikel yang kawan sebut tadi, ada menceritakan asal usul makanan ini. Pada mulanya, Laksa Johor sememangnya daripada spaghetti yang berasal dari Eropah...haaaa...spaghetti memang dari eropah, cuma kuah Laksa Johor dari negeri Johor. Diceritakan bahawa Sultan Abu Bakar (Sultan Johor) telah pergi ke Eropah pada zaman pemerintahannnya dan baginda suka makan spaghetti...apabila pulang ke negeri Johor, baginda Sultan menitahkan supaya tukang masak istana menyediakan makanan tersebut,...dan dengan kreativiti tukang masak istana, beliau telah menyediakan kuahnya daripada ikan dan campuran beberapa bahan dan rempah bersesuaian dengan negeri Johor...maka bermulalah Laksa Johor yang sememangnya sedap sangat...
Sedap arr Laksa Johor...

Thursday, January 15, 2015
Sotong biatila
hek...elehhhh...pandai-pandai je nak sibuk kat tempat orang. ngko sapa bro?...buat keje kat tempat sendiri laa weii. Ni tempat orang lain, jangan pandai-pandai nak masuk campur. Apa yang kami buat adalah hak kami dan mengikut kesesuaian apa yang kami ada. tetiba ngko menyibuk mempertikai apa yang kami buat? Apa citer ni bro?...eh betul ke ngko ni bro?...aku tengok ngko dah macam sotong..rambut dah macam kena clorox je...bro pakai shawl ke bro? aduhh..orang laki bro...mana nak pakai macam pompuan. Ke ngko ada keje malam?...ke ngko ni dua alam? alahai bro...ehhh....sotong hijau...
Wednesday, January 14, 2015
Tuesday, January 13, 2015
Gaspar Thomas
Tiba-tiba aje kawan teringatkan sahabat kawan yang dah lama tak jumpa, agaknya dah lebih 7 tahun. Sahabat kawan ni...seorang yang cukup baik dan suka menolong orang. Masa kawan susah dulu, iaitu semasa rumah kawan kena masuk perompak dan kereta kawan disamun, dialah yang banyak membantu kawan. Semasa kawan sakit, dia jugalah yang membawa kawan ke hospital... bagi kawan, kalau dalam kesusahan, kawan akan call dia dulu, minta tolong dan dia mesti datang membantu.
Kalaulah pahala itu dinampakkan sebanyak mana kebaikan yang dilakukan oleh sahabat kawan ini, kawan percaya, banyak sangat pahalanya nak disebutkan...bukan kawan sorang yang dia tolong, ramai lagi orang-orang lain yang dia suka menolong...Tak kurang juga dengan aktiviti-aktiviti kebajikan dan keagamaan yang dilakukan oleh sahabat kawan ini...semuanya berkebajikan dan membantu masyarakat...
Cuma...dah lama sangat tak jumpa dia, rindu nak berbual macam selalu di kedai mamak ..minum teh tarik dan selalu jugak kami pekena nasi beryani kambing di seksyen 9 Shah Alam. Yang berlalu cuma tinggal kenangan. Namun kawan masih terkilan dengan nasib sahabat kawan ini...malah, semasa menunaikan umrah pada tahun 2012, kawan tidak teragak-agak untuk mendoakan sahabat kawan ini agar diberikan hidayah, dibukakan hatinya untuk menerima islam sebagai agamanya. Kawan sedih sekiranya sahabat kawan ini mati dalam kekufuran tanpa hidayah untuk menikmati nikmat yang paling besar dalam hidup ini...iaitu islam.
Sahabat, kawan masih mendoakan kamu sehingga akhir hayat kawan, kawan tak mahu sahabat kawan mati dalam kafir dan kufur. Bukalah mulutmu wahai sahabat untuk menyatakan dengan ikhlas bahawa "Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah"...Laailaha illallah wa ashhaduanna muhammad rasullullah"

Friday, January 9, 2015
Yang Lepas
Membawa peristiwa semalam ke tahun baru 2015, bermula semula sebagai sebuah catatan kepada mereka yang mengalaminya...penghujung tahun 2014, banjir besar melanda negeri di pantai timur, termasuk negeri Pahang dan Perak. Punca air hujan yang melebihi purata daripada keadaan biasa menjadikannya luarbiasa dan menyebabkan limpahan air yang sangat besar. Ramai sahabat-sahabat kawan yang terlibat dengan banjir pada tahun ini. Nenek kawan dan saudara mara kawan turut terlibat dan dipindahkan kerana rumah dan kediaman mereka ditenggelami air.
Pengalaman semasa kecil, semasa kawan berusia 8-12 tahun, setiap tahun, kawan akan menantikan air bah melimpah jalan di belakang rumah kawan. Bila air naik dan melimpah jalan, akan terputus hubungan antara kampung nenek kawan dan rumah kawan. Semua akan berpesta air bah...budak-budak seusia kawan akan bermain air, masa inilah juga kawan keluar rumah mencari ikan sungai, memasang perangkap yang dibuat sendiri seperti sebuah bubu ikan...kawan dan abang kawan membuat bubu daripada jaring besi...atau dawai punai...diikat dengan bilah besi yang dibentuk silinder...umpan yang digunakan kawan adalah ikan busuk...ataupun ikan kering...
Ada jugak kawan memasang bilah-bilah seperti pancing...orang kampung kawan panggil pancang seperti pancing (agak pendek sedikit) itu sebagai "taut" yang digunakan untuk memancing ikan. Kawan pacakkan taut ini di sepanjang sungai belakang rumah. Kerja memasang taut dilakukan pada lewat petang, dibiarkan semalaman....menunggu keesokannya untuk menuai hasil...tangkapan ikan. Walaupun tidak banyak yang mengena tetapi keseronokan untuk melakukan perkara ini sangat berbaloi kepada kawan, memberikan kawan pengalaman sebagai budak kampung.
Banjir tahun ini agak besar dan membuka mata kepada ramai orang, sememangnya perkara ini menjadi lumrah tahunan kepada mereka tetapi keadaan tahun ini menjadi luarbiasa berbanding tahun-tahun sebelumnya. Allah berikan ujian dan rahmatNya dengan penuh hikmah kepada mereka yang ingin berfikir. Allah datangkan sedikit ujian yang tegas agar kita semua membuat penilaian semula kepada perlakuan dan tindakan yang pernah kita lakukan...terlalu banyak yang kita mungkir kepada perintah Allah dalam semua perkara. Kesenangan selama ini adalah ujian yang kita lupa untuk mengucapkan Alhamdulillah... dan pastinya sediki kesusahan yang didatangkan inimerupakan peringatan untuk kita kembali kepadaNya dengan lebih tawadduk dan redha. InsyaAllah.
Tahniah
Isteri kawan dinaikkan pangkat (Gred) dalam jawatan beliau. Akan memikul tanggungjawab yang lebih besar dan amanah Allah yang lebih berat. Kawan kata...ianya adalah ujian yang Allah berikan kepada kita...dalam rahmat dan rezeki, ada ujian yang tidak kita duga bagaimana bentuk dan rupanya pada masa hadapan. Kawan sentiasa doakan dirinya masih seperti dahulu dan lebih kuat takwanya kepada Allah. Masih mampu tunaikan tahajjud dan dhuha secara konsisten, masih mampu mentelaah kitab-kitab agama, masih sudi menjadi solehah dalam keluarga ini. Tahnah atas kejayaan mu...
Thursday, January 1, 2015
Today
Today a new year is born, and today you too can be born anew if you will discover self...the real you
Subscribe to:
Posts (Atom)